Tuesday 15 December 2015

Minah bundle

Sebelum ni, bila sebut bundle aku terbayang baju lusuh, pudar dan renyuk seribu bekas-bekas orang. Lepas tu kedai-kedai bundle ni macam ada satu bau yang sama. Macam bau pengkap. Dan orang yang selalu datang bundle adalah mamat-mamat oversea ni. So aku memang tak berminat la nak masuk kedai bundle ni.

Tapi bila aku nak pergi Beijing 18 Dec ni, baru aku mula berjinak-jinak dengan bundle. Ikut suhu kat sana sekarang, siang 9 darjah celcius, malam boleh jejak negatif. Kawan aku awal-awal dah pesan suruh cari baju sejuk. Dari review blog ke blog, dorang kata beli baju sejuk kat bundle je. Rugi beli baru sebab jarang pakai. Lagilah orang yang jarang-jarang travel jauh macam aku ni. Mula-mula aku ingat nak cari kat sana sebab katanya lagi murah, tapi kawan aku dengan penuh hiperbolanya cakap, takut belum sempat jumpa dah beku dulu. Ceh.

So aku yang sangat noob dalam bundle ni siap google kedai-kedai bundle kat Johor ni. Kedai bundle yang top kat Johor ni (baru aku tahu) The Big Bundle. Aku pergi yang dekat Lebuh Raya Pasir Gudang, lepas simpang Damansara Alif. Mula-mula tengok kedai dia, mmmm....besar. Rare sangat dengan kayu macam tu. Sebab kedainya besar, so bau bundle tu kurang sikit.


Kat sini jumpa banyak winter coat, tapi saiz aku tak ada. Sebab aku pergi dengan adik aku yang juga noob dalam bundle, dia suruh aku ambil je yang ketak-ketak macam orang nak pergi antartika tu even besar. Takut tak jumpa kat tempat lain lagi. Lagipun baru sepuluh ringgit. Tak tahu pula yang bundle ni akan sentiasa ada stock baru by time.

Then aku rembat skinny jean 5 ringgit. Cutting cantik, nampak baru. Jenama aku tak kisah sangat. Bukan aku reti pun. Setakat pakai kat rumah atau pakai dalam jubah, tak berbaloi nak cari yang mahal-mahal pun. 

Sekarang aku lebih suka pakai skirt atau kain je. Biar la macam makcik-makcik pun. Sebelum pergi cari kedai ni aku singgah post office. Biasalah post office sini orang ramai ya amat. Sebab dah bosan sangat menunggu, mata aku pun melilau sekeliling. Nampak orang beratur depan aku pakai, nampak cantik pulak. Tak macam legging yang akan nampak segala lebihan2 lemak tu, skinny jeans buat kaki nampak lebih kemas, fit, firm. Kalau aku pun boleh fikir macam ni, macam mana pula yang lelaki. Berapa jauh otak diorang boleh pergi agaknya. Sebab tu pentingnya tundukkan pandangan untuk lelaki. Yang perempuan pula pastikan baju tu not form fitting, not see through. Betapa kan Islam menjaga dalam sekecil-kecil benda yang akhirnya mampu membawa ke sebesar-besar benda.

On the way balik, aku jumpa lagi satu kedai bundle kat Senai. Sinaran kot nama dia. Sebelum ni selalu je lalu kedai tu sebab kedai tu tepi jalan tapi kali ni baru la rasa nak singgah. Macam yang aku bayangkan, kedai ni pelanggan setianya adalah mamat oversea. Nak masuk bilik try baju siap beratur dengan mamat Indon dan bangla. Dan seperti biasa, aku je pelanggan perempuan kat situ. Then aku rembat lagi satu winter coat warna cream. Labuh dan memang ngam ngan aku. Kalau tahu ada kedai ni, takdelah aku beli baju besar gedabak kat Big Bundle tadi. Bajunya ok lagi. Sepuluh ringgit juga. Dan aku tambah lagi koleksi bundle aku dengan beli 2 helai seluar. Satu tu siap ada tagging lagi. Setakat nak buat pakai kat rumah. Satu lagi seluar slack hitam. Cutting cantik, warna cantik, kain pun cantik. Pun macam baru. Memang rasa berbaloi sangat. Baru lima ringgit satu.

Setakat ni dah lapan helai aku beli dari 3 kedai bundle. Semuanya aku puas hati sangat. Aku dah beli 3 kot, 5 seluar. Ada satu jenama Uniqlo (macam baru lagi), yang lain biasa-biasa je kot. Dan sekarang ni pantang nampak kedai bundle, aku memang rasa nak singgah je. Aku dah tak skeptikal lagi pada kedai bundle. Baru aku faham kenapa sebelum ni abang aku suka sangat dengan kedai bundle ni. Memang berbaloi rupanya. Yang penting kena pandai dan rajin mencari la.

Aku ni dalam membeli apa-apa ada kegilaan tertentu. Dulu masa aku tengah gila beli barang online, boleh kata hari-hari ada barang pos sampai kat rumah tu. Sekali datang dua atau tiga barang sekali. Berterusan dalam sebulan lebih. Lepas dah beberapa kali terbeli barang yang indah khabar dari rupa, aku dah slow down membeli dah.

Macam tu juga kalau datang kegilaan aku beli tudung. Sekali 7 tudung aku rembat. Sampai akak aku tanya aku beli nak buat berniaga ke. Last2 berapa je yang aku pakai. Nafsu sangat. Memang kena limit lain kali.

Aku tak tahu la berapa lama kegilaan aku pada bundle ni akan bertahan. Apa pun selagi aku puas hati dan tak terkena dengan bundle ni (contoh salah beli ke, terbeli yang tak elok tapi mahal ke) rasanya aku akan jadi pelanggan tetap bundle mulai hari ni. Tapi tak semua la sebab fesyen muslimah ni bundle tak banyak. Setakat baju kat rumah tu ok la. Aku ni kat rumah la masa nak pakai baju-baju yang aku tak boleh pakai kat luar rumah. Tapi tak sampailah aku teringin nak pakai bikini dan aku pakai kat rumah pulak. Aku normal lagi.

So now I'm officially called, minah bundle!



Monday 30 November 2015

Yasmin Mogahed- how to connect with Allah

* Life is a test

* Anything that make us closer to Allah is a good thing

* Di akhirat, kita sanggup tukarkan apa saja untuk selamatkan diri dari azab Allah. Kenapa tak di dunia?

* The time you find yourself nearest to Allah is during the hardest time

* If we were given test, ask Allah how can we pass it

* Why we always fail test? Because we seek help to creation, or ourself. Not to Him and Him alone

* Allah give us test, so we can raise our hand and ask for help

Ibrah- ustaz Ibnu Batoota

* Jangan rasa cukup dengan iman yang tipis. Kita berada di zaman Imam Mahdi dan Dajjal. Hati kena keras
* Asyik fb konon nak tambah ilmu, tapi bila pula nak amal
* Jangan rasa diri cukup baik sekadar dengar ceramah dekat Youtube, baca sikit-sikit pasal agama dari Google. Banyak orang yang dah jauh tinggalkan kita. Jangan perasan kita dah berubah dan baik hanya sebab compare dengan orang lain yang lebih teruk
* Jangan hanya ikut fatwa, ikut taqwa. Jadi hamba Allah sehabis baik. Kurangkan hiasan, jangan rasa ingin dipandang lelaki (perempuan) Tundukkan pandangan (lelaki)
* Bila dengar ilmu yang kita dah tahu, cakap pada diri sendiri, 'aku belum tahu benda ni' Moga Allah tambahkan kefahaman kita, mudahkan amal
* Bila rasa nak belajar sebab selain Allah, STOP! Betulkan niat dulu, baru sambung balik.

Dahan yang rapuh

"Dalam hidup kita, manusia datang dan pergi. Ada yang dipinjamkan lama dan ada yang sekejap. Mereka ditulis untuk hadir dengan tujuan tertentu mengikut skrip kehidupan yang telah diangkat penanya, telah kering lembarannya. Selesai tujuan tu, sampailah masa mereka berlalu pergi. Apa jua punca perpisahan hanya asbab semata.
Jangan terlalu mengenang asbab kehilangan hingga melupakan hikmah pertemuan"
                     Ni pe yang aku pernah tulis dalam wall fb dlu...


Lately, dalam masa yang dekat-dekat tak sampai sebulan, tiga orang yang pernah hadir dalam hidup aku tahun ni hilang. Bila hilang sorang, cuba mengadu pada orang lain. Last2 jadi makin worst. Bila dah worst cuba cari comfort pada orang lain pula. Pun punah. Cuba cari orang lain, tapi macam ada yang tak lepas. Sebab tak semua orang tu boleh faham.

Emmm...Bila dikenang asbab, memang hati akan sakit. Sedih. Lost. Rasa kehilangan. Terasa nak mempersoal

      Kenapa ada orang yang macam tu eh?
      Kenapa susah sangat dia nak faham pe yang aku cuba sampaikan?
       Kenapa dia tak sensitif hal-hal tertentu? Common sense kot benda ni, takkan tak tahu
       Apsal bengong sangat dia tu?
       Sembang kosong je? Selama ni dia layan aku atas dasar sembang kosong? Macam tu takpelah, aku rasa kitorang masing-masing dah cukup kawan untuk sembang kosong pun

Tapi bila aku fikir pasal hikmah, aku rasa tak ada apa yang sia-sia. Setiap orang yang pernah hadir dalam hidup aku tahun ni datang membawa pengajaran yang cukup berharga. Pergi pun dengan pengajaran tertentu. Semuanya cantik disusun Maha Pencipta. Walau mungkin ada antaranya aku belum faham semuanya sekarang, suatu hari nanti aku akan faham juga

Tapi yang paling penting, aku tahu yang Allah nak tunjuk sesuatu. Mungkin Allah nak sampaikan yang dahan yang kukuh untuk berpaut tu hanya ada pada Dia. Segala mahkluk ciptaannya hanya dahan yang rapuh. Yang mungkin nampak kuat, tapi bila-bila boleh patah. Mungkin boleh buat bersandar, tapi tak boleh letakkan semua berat kita di situ. Setakat bersandar, kalau dahan tu patah pun, kita tak kan gedebuk jatuh bergolek berbanding bila kita betul-betul berpaut pada dahan tu kan.

Allah nak tegur aku juga agaknya. Kenapa aku masih nak cari orang lain selain Dia sebagai tempat mengadu. Bab mengumpat satu, buka aib orang satu. Lagipun siapa yang akan betul-betul faham selain Dia kan.

He listens, He knows, He cares. Senyum.

Saturday 28 November 2015

Takut Mati

Mati. Aku rasa semua orang pernah fikir pasal mati. Bila fikir pasal mati, memang perasaan takut dan insaf tu akan datang. Tapi biasanya kejap je. Lepas tu kita disibukkan pula dengan urusan dunia yang tak habis-habis. Yang betul-betul prepare untuk nak menghadapi hari yang pasti tu tak ramai. Rasa takut buat kita cenderung untuk elak fikir pasal benda tu.
 Tapi macam mana kalau rasa takut nak mati datang tanpa kita tak boleh nak elak.
 Aku jadi sedih tengok muka mak aku bapa aku adik beradik aku.. Sebab aku akan tinggalkan semua tu. Aku mula ingat semua kesalahan yang aku buat. Mula hitung apa lagi benda wajib yang aku lalaikan selama ni. Aku mula pakai stokin, cari baju labuh, bayar tunggakan zakat pendapatan. Aku layan orang sekeliling dengan lebih baik supaya diorang ingat yang baik2 je bila aku tak ada. Supaya dorang boleh lupa benda buruk yang aku pernah buat dekat diorang. Mula terfikir, lepas aku takde, apa diorang akan cakap pasal aku. Adakah aku cukup baik selama ni? Dan kalau baik di mata orang (orang biasanya akan cakap yang baik2 je bila orang dah takde ni) adakah cukup baik di mata Allah. Sedar diri, aku geleng kepala. Tak. Tak ada apa pun yang aku boleh banggakan depan Allah.

Contoh macam orang yang duduk dekat negara yang berperang. Syria, Palestin dan banyak lagi negara Islam. Pernah dengar perempuan dekat Gaza tidur pakai tudung. Alasannya kalau malam-malam rumah diorang kena bom, mayat diorang dijumpai dalam keadaan tutup aurat. Allahhu akbar! Tu orang yang betul prepare mati. Yang bila tidur, tak pasti yang esok masih boleh bangun. Yang bila masuk pagi, tak pasti yang petang nanti masih bernafas. Allah...


Macam mana pula orang yang ada sakit kronik. Yang tengah menunggu masa untuk mati. Contoh paling biasa dengar kanser. Bayangkan kalau doktor jangka tinggal 3 bulan je untuk hidup. Apa yang kita akan buat dalam tiga bulan tu. Apa yang kita rasa penting sebelum ni, apakah masih lagi rasa penting?


Atau banduan akhir.. yang tengah tunggu masa ke tali gantung. Macam mana diorang menjalani hari-hari akhir tu agaknya. Bila makin hari makin dekat makin dekat hari kematian. Tak terbayang.


Tapi banyak daripada kita tak seberuntung itu melalui situasi-situasi di atas. Aku cakap beruntung bukan makna aku minta nak jadi macam tu. Tapi kalau dipandang dari sudut yang lain, sekurang-kurangnya orang macam ni ada peluang untuk betul-betul mempersiapkan diri sebelum mati. Sempat buat wasiat, settle hutang, minta maaf, taubat, tambah amalan. Daripada yang tengah sihat segar bugar, alih-alih mati kena hempap pokok atau kemalangan. Atau apa-apa lagi la punca mati mengejut tu. Apa pun tak sempat. Lebih menakutkan kalau mati dalam keadaan tengah buat maksiat. Nauzubillah.
Ok, masuk cerita aku. Aku solat, aku puasa, aku pakai tudung... lebih kepada kebiasaan, pengaruh sekeliling... macam the right thing to do. Tapi tak pernah betul2 hargai nikmat Iman dan Islam tu. Tak betul2 rasa diri aku ni hamba (even sekarang pun) Aku hamba pada hiburan, tv, material (sampai sekarang aku struggle nak bebaskan diri dari semua ni) Pernah terfikir aku masih nak buat semua benda yang aku suka buat, dalam masa yang sama bila mati aku nak syurga. Dapat tak? Then it look so scary and I stop thinking about that

But when u feel like your 'ajal' is knocking at your door..all things that once seem so important now seem like nothing... makanan sedap, kereta, rumah, baju cantik, rancangan tv yang aku addicted.. Semua tu hanya untuk orang hidup.. Orang dah mati tak perlu lagi semua tu.. semua tu tak ada makna apa-apa pun bila kita mati. Yang kekal hanya amal, baik atau buruk. Yang penting hubungan kita dengan Pencipta. Apakah Dia redha selama aku tumpang duduk dekat dunia Dia ni. Aku yang tak pernah buat apa-apa pun untuk umat, untuk Islam. Layak ke aku nak claim syurga? Tapi aku takut neraka. Serius, duduk dekat api pun dah panas, macam mana nak hidup dalam tu tak mati-mati? Dan itu baru api dunia. Dekat mana tempat aku nanti?
Dan aku mula terbayang mati. Hujan lebat malam2, even aku dikelilingi family, aku terfikir macam mana aku duduk sorang2 dalam kubur. Gelap, sempit, sejuk. Aku takut. Serius aku takut. Rasa tu bukan setakat rasa, tapi betul2 rasa yang real (hard to explain) macam akan jadi soon. Aku sentiasa rasa ada orang ikut aku (which i believe is angle of death) Sampai aku takut nak makan, kesian dekat orang yang mandikan aku nak kena keluarkan najis bila mandikan aku. Sampai aku sendiri perasan muka aku jadi cengkung. Berat turun ke 43kg. Aku takut tengok tv. Sebab aku fikir lagi berapa hari lagi aku akan pindah tempat, macam mana aku boleh tengok tv lagi. Aku takut drive, sebab tu antara punca aku boleh mati mengejut. Takut baca kes kemalangan dekat paper sebab aku bayangkan tu aku. Bila aku msg, ambil gambar, aku terbayang -ni la kenangan dorang bila aku tak ada nanti. Tapi berapa lama pun diorang akan ingat aku sebelum move on teruskan hidup macam takde apa jadi.

Then baru aku faham kenapa mati syahid tu ganjarannya tinggi. Sebab satu nikmat yang sangat penting tapi orang selalu lupa adalah nikmat hidup. Orang syahid, diorang pertaruhkan bukan masa, harta benda, tenaga.. Tapi nyawa. Pengorbanan yang bukan calang-calang orang mampu buat
Aku jealous dengan orang yang diberi sakit macam sakit kanser. Jealous juga dengan banduan yang nak dihukum mati. Sekurang-kurangnya dorang dapat notice lama sebelum nyawa diambil. Orang sakit kanser, memang menderita, tapi sakit tu at least hapuskan dosa diorang. Kalau duduk dalam penjara pula, kurang temptation compare aku yang kena berhadapan dengan dunia ni. Yang dihidangkan macam-macam pilihan.. terpaksa resist benda2 yang aku suka. Pernah dengar salah satu cara nak jinakkan nafsu adalah jangan ada banyak pilihan. So kena limit apa yang kita ambil dari dunia ni.

Tapi aku..... Aku sayang harta secara berlebih-lebihan. Aku kedekut. Hati aku kotor. Iri hati pasal dunia masih ada. Mengumpat masih tak mampu elak. Sabar jauh. Riak, sombong, ujub masih tebal. Ya Allah, aku takut sangat.

Aku mula check satu-satu simpanan, insurans aku, ada tak yang melibatkan riba. Ada tak lagi hutang-hutang aku yg tak settle. Aku bayar zakat pendapatan; sesuatu yang aku tak ambil kisah pun sebelum ni. Dengan tunggakan sekali. Aku mula hisab diri. Dalam lima rukun Islam tu, mana yang tak settle lagi. Kemudian aku daftar haji. Aktifkan balik akaun yang dah lama buka tapi tak ada duit pun dalam tu. Sekurang-kurangnya kalau Allah tanya aku tentang rukun Islam kelima ni, even aku tak pergi, tapi ni usaha aku untuk sampai ke sana.

Lepas asar adalah masa yang paling aku takut.. Nak menjelang maghrib. Sebab masa tu 'rasa' tu paling kuat akan datang. Aku takut. Dan salah satu cara yang boleh redakan rasa takut tu adalah bila aku solat. Lagi lama aku sujud lagi aku dapat redakan takut tu. Sungguh aku rindu saat tu. Saat aku memaknakan setiap patah kata dalam al-mathurat yang aku baca (sekarang aku makin jarang baca. Bila baca pun feel tu tak kan sama) Lagi bila minta aman dari siksa kubur tu, aku minta sungguh-sungguh. Contoh macam orang yang esok nak exam dengan tahun depan nak exam. Kesungguhan doa tu mesti lebih lagi kan bila esoknya exam.

Dan aku jadi obses pada tanda-tanda kematian yang lain. Yup, pusat bergerak- gerak. Badan aku menggigil lepas asar. Lelangit jadi geli atau tak. Memang masa tu pandang dunia kosong. Zikir tak lepas bibir. Solat memang on time. Sampai mak aku pun pelik sebab selalu aku la orang yang paling lambat solat. Aku baca al-quran dari asar sampai nak masuk maghrib. Tak jemu. Sebab dengan baca al-quran, baca tafsir, hati aku tenang sikit. Sebab memang rasa tu kuat sangat lepas asar. Aku takut benda yang aku tak tahu (alam barzakh) Dan cara nak hilangkan takut adalah baiki hubungan dengn penguasa mutlak alam tu; Allah. Hanya Dia yang penting. Sebab hanya dia boleh bantu aku di alam sana.

Ini kisah yang pernah aku alami hujung tahun 2012 dulu. Ini sebenarnya titik tolak aku mula cuba berubah. Yang aku tak pernah bagi tahu sesiapa pun. Kalau ada yang tanya, aku cuma jawab lepas putus tunang. Dan memang masa tu aku baru putus tunang. Ingat lagi, pergi Bandung dengan hati yang tak happy pun. Siap fikir aku akan mati kat sana. Naik sekolah, aku lah cikgu yang tak akan naik sekolah. And they will say, 'kesian, tak sangka' Yang diorang akan sibuk cerita adalah sebab kematian, bukan ibrah kematian. Sama macam aku bila dengar kematian. Lepas tu teruskan hidup dengan anggapan; masa aku lama lagi.

Patutlah Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang paling bijak adalah yang paling banyak mengingati mati.  Cukuplah mati itu sebagai peringatan. Ya memang betul. Tersangatlah betul. Sebab bila rasa 'nak mati bila-bila masa' tu hilang, jadilah aku macam aku yang sekarang. Lupa, lalai, leka. Hmmmm
 

Monday 26 October 2015

Bila Dia tidak memberi

Bila Dia tidak memberi
Bukan bermakna Dia membenci
Cuma Dia ingin kita mengerti
Di sini tiada bahagia hakiki
Suka duka silih berganti
Hidup bukan hanya di sini
Ada akhirat yang kekal abadi

Bila Dia tidak memberi
Mungkin diganti yang lebih sempurna
Mungkin ditangguh ke satu ketika
Hingga kita sudah bersedia
Mungkin yang lebih baik menanti di sana

Bila Dia tidak memberi
Mungkin Dia ingin kita lebih berharap
Meminta dengan lebih kerap
Bangun di tengah malam gelap
Merintih merayu dalam sujud yang kejap

Bila Dia tidak memberi
Itu tanda dia berkuasa
Memberi menahan sekehendak Dia
Sedangkan kita adalah hamba
Kerdil, lemah, hina dina

Bila Dia tidak memberi
Mungkin Dia ingin difahami
Hidup tidak memiliki
Pengakuan cinta pasti diuji
Hidup tak kan sentiasa indah
Langit tak kan selalu cerah
Syurga itu bukan murah
Ada yang membayar dengan darah
Jua penderitaan tak sudah-sudah
Sekadar setitis dua air mata tertumpah
Itu pun jenuh mengeluh mengadah
Mengadu pada makhluk, berkeluh kesah
Tanya pada diri sendiri
Di mana tempat ku nanti?

Wednesday 21 October 2015

Agenda yahudi?

http://bumiyangtercinta.blogspot.my/2015/06/gmo-adalah-pembunuh-no1.html?m=1

Bila baca post-post dalam blog ni, senak perut berdiri bulu roma. Terasa di luar sana banyak mata-mata musuh yang sedang memerhati. Bukan taksub, percaya membabi buta. Nak tolak bulat-bulat rasa susah pula
Sekadar ingatan buat diri yang selalu leka. Yang selalu rasa dunia ni lama. Bagai tiada penghujung, bagai tiada mati. Sedangkan maut sentiasa memerhati

The end is near but my greatest concern is worldly matters. Lemahnya diri ini, sang pengejar dunia

Mehnah akhir zaman

Aku memerhati dari hari ke hari
Masa semakin pantas berlari
Jerebu dari putih bertukar ke kuning
Cuaca makin panas
Hujan makin kurang

Belum lagi apa yang ku baca
Kemusnahan demi kemusnahan alam
Pencairan ais di kutub utara
Pelarian Syria menagih simpati di negara bukan Islam
Rakyat Palestin berjuang sendirian menentang kezaliman
Umat Islam beku, kaku
Pertelingkahan demi pertelingkahan pemimpin dunia
Bagai menuju ke ambang perang dunia ketiga gamaknya

Namun anehnya
Kebimbangan utamaku masih lagi hal dunia
Amalku tak sebanyak mana
Taubatku belum pasti diterima
Aku masih sibuk menghitung harta

Ya Allah, begitu kerasnya hatiku
Betapa tebalnya dosa yang menyelimuti
Betapa aku manusia yang sering leka, alpa
Tenggelam dalam nikmat dunia

Ampunkan aku ya Allah
Pimpin aku Ya Allah
Selamatkan aku Ya Allah
Dalam mehnah akhir zaman yang menggila

Tuesday 13 October 2015

Umat akhir zaman

Tuhan, kadang kala hati ini merintih
Mengapa kau jadikan aku umat akhir zaman?
Jauh dari NabiMu, jauh dari para sahabat, tabiin, tabi' tabiin,
Juga jauh dari zaman kegemilangan Islam
Berada di zaman yang penuh fitnah
Umat Islam sibuk bercakaran
Ditindas, dibunuh, diperlecehkan tiada pembelaan
Ramai..tapi umpama buih dilautan
Ditimpa penyakit wahan

Tuhan
Bila timbul satu pertanyaan
Terfikir, alangkah bagusnya jika Nabi masih ada
Ingin ku adukan segala persoalan
Siapa benar siapa salah?
Siapa kawan siapa lawan?
Bukan tak cukup al quran dan hadis yang kau tinggalkan
Tapi diri ini jahil... Tiada pedoman
Pening dengan pelbagai tafsiran
Ulama hak dan ulama suk sukar dibezakan
Yang salah kelihatan betul
Yang betul kelihatan salah

Aku ingin berada di zaman mu Nabi ku
Berada dekat dengan mu
Mendengar setiap untaian berharga dari bibirmu
Berada di bawah pimpinan mu yang mulia
Zaman nubuwah yang sangat gemilang

Tapi
Terfikir juga,
Jika diri ini berada di zaman itu
Akan berimankah aku dengan ajaran asing yang tak pernah didengar itu?
Yang nyata berlawanan dengan kepercayaan tradisi nenek moyang?
Atau apakah aku yang akan jadi penentang?
Tahankah diri ini dengan penindasan, kelaparan, kezaliman?
Mampukah aku melawan arus keadaan, menjadi terasing, dipulaukan?
Teguhkan diri mempertahankan keimanan?

Ketika nabi bercerita tentang israk dan mikraj
Apakah aku orang yang akan berpaling ketika hati baru terusik ingin beriman?
Lantaran cerita pelik yang langsung tak masuk dek akal
Ketika diarahkan berhijrah ke Madinah
Tegakah aku meninggalkan segala yang ada di tanah air ke negeri asing itu?
Ketika diminta berjihad
Mampukah aku melepaskan ahli keluarga yang tercinta ke medan perang?
Mampukah?

Atau jika aku berada di zaman salaf sekalipun
Siapa mampu menjamin
Bukan aku yang termasuk dalam 72 jalan itu
Bukan aku yang termasuk dalam fitnah-fitnah yang mula muncul melata
Bukan aku yang mula murtad meninggalkan agama

Segera aku beristigfar
Ya Allah, di zaman mana pun kau letakkan aku
Aku redha ya Allah
Kerana kau lebih tahu apa yang paling baik untukku
Walaupun berada di zaman jauh dari nabiMu
Tapi umat ini yang paling dikasihi nabiMu
Yang sering didoakan baginda

Walau di zaman mana pun kau campakkan aku Ya Allah
Jangan jauhkan aku dari taufik dan hidayahMu
Lorongkan aku jalan yang lurus
Jalan yang telah kau berikan kepada orang yang kau redhai
Bukan jalan orang yang kau murkai,
Juga jalan mereka yang sesat

Zaman mana tidak penting
PetunjukMu yang paling utama
Jangan jauh dari ku Ya Allah
Walau diri ini sentiasa berdosa
Kerana tanpa bimbinganMu
Akulah orang yang paling sia-sia

Salam maal hijrah 1437 hijrah

Thursday 1 October 2015

Mati

Jika diberi pilihan untuk mengetahui tarikh kematian kita, apakah kita akan memilih untuk mengetahuinya?
Sekiranya kita tahu tarikh kita akan mati sudah begitu dekat, apakah benda yang terasa begitu penting sekarang masih lagi penting untuk kita?
Apakah rasa marah, sedih, kecewa, tertekan yang kita alami masih lagi releven?
Apakah benda yang kita sangka mampu memberi kita kegembiraan masih mampu menggembirakan kita?
Siapa orang yang kita ingin berada dengannya di akhir hayat kita?
Siapa yang akan benar-benar sedih dengan pemergian kita?
Apakah cara kita ingin dikenang? Adakah itu cara kita hidup selama ini?
Belum lagi fikir kehidupan di alam baru. Cukup ke bekalan yang dibawa? Sudah redhakah Allah dengan kita? Apakah kita sudah betul-betul menjadi hamba?

# Bahana tengok cerita "The angriest man in brooklyn." Ada makna yang mendalam dalam cerita tu. Tentang apa yang dilakukan oleh seorang lelaki bila tahu dia ada 90 minit lagi untuk hidup.

Sunday 27 September 2015

Korban dan Aidiladha

Allah hanya menerima binatang ternak yang sempurna saja untuk ibadah korban. Allah nak yang terbaik saja untuk dikorbankan...

Terfikir, solat yang aku kerjakan hari-hari cukup sempurna ke untuk Allah terima? Dengan khusyuknya tah ke mana..entah-entah setiap kali lepas solat Allah lempar je ke muka aku macam kain buruk

Allah itu Maha Sempurna. Kenapa berani sembahkan sesuatu yang tak sempurna dan berharap diterima?  Lebih teruk lagi tak doa pun agar Allah terima amalan, terus assume dah buat dah ok..Allah pasti terima

Belum lagi amal lain. Dengan tak tahu lagi ikhlas ke tak. Disertai dengan rasa riak ke tak. Mmm

Amal hanya wasilah qabul dari Allah, bukan jaminan amal diterima (dipetik) Sedangkan Nabi Ibrahim lepas bina kaabah pun doa agar amalan diterima. Padahal kaabah dibina atas arahan Allah. Nabi Ibrahim seorang nabi. Pun masih harap amalan dia diterima. Apatah lagi aku.

Selamat Hari Raya Aldiladha..semoga amalan kita diterima Allah

# macam-macam jadi pada jemaah haji pada tahun ni. Memang tahun yang penuh dengan ujian. Allah nak uji sejauh mana pengakuan cinta kita pada Dia agaknya. Serius takut....takut pengakuan selama ni palsu belaka. Mmm..

Ada 10 lebih post terperam dalam draf. Cuti sekolah hari tu ingat dapat siapkan post-post tu tapi laptop masih belum ok pula. Pergi KL  je dah 5 hari. Jumpa 'adik' pertama kali kat seminar keluarga sunnah.

Wednesday 16 September 2015

Hakikat hidup di dunia II

Sambung post hari tu... Tentang hakikat hidup di dunia. Kali ni dari sudut pandang Ustaz Iqbal Zain. Yang aku perasan ustaz ni cenderung tulis tentang ilmu tasawuf, ilmu hakikat, tarikat, makrifat. Jarang sebenarnya aku nak copy paste tulisan orang lain dalam ni. Tapi ni aku tempek sini sebagai ingatan untuk diri yang selalu lupa
UNTUK APA AKU DILAHIRKAN
Untuk suatu alasan aku lahir, tumbuh membesar, bermodalkan beberapa tahun kemudian mati. Adakah sekadar itu? Tidak mungkin, kerana haiwan juga adalah seperti itu. Bagaimana mungkin manusia dan haiwan mempunyai tujuan hidup dan mati yang sama.
Aku mula mencari jawapan dengan mengenali dari mana asalku, dimana aku sekarang dan kemana halatujuku.
Berpandukan wahyu dan sabdaan, tahulah aku bahawa hakikat diriku bukanlah yang aku lihat pada rupa zahir ini, bentuk yang hanya lahir beberapa tahun yang lepas dengan anggota-anggota badan yang lengkap untuk menjadi kenderaan kepada diriku.
Hakikat diriku adalah suatu yang tak dapat kulihat, yang menunggang tubuh kasar ini selama berada didunia. Ia berada dalam jasadku. Ia-lah sebenarnya yang merasa, memandang dan mendengar. Itulah "roh" yang berasal dari alam arwah.
Roh yang dahulunya pernah menyaksikan Allah ketika perjanjian "Alastu" diambil dari semua roh. Roh yang mendengar kalam Allah yang Maha Indah, roh yang memahami dan mengakui ketuhanan Allah lalu roh ini bercakap dengan Zat yang Menciptakannya "Bahkan, kami menyaksikan".
Roh yang tak diketahui bagaimana rupanya kerana ia menyaksikanNya bukan dengan bola mata, mendengar bukan dengan gegendang telinga dan bercakap bukan dengan kotak suara dan mulut.
Roh itulah hakikat diriku. Roh yang diciptakan dari cahaya. Roh yang mempunyai pengalaman hebat melihat Robnya dan berdialog denganNya. Rupa-rupanya aku berasal dari roh yang sudah bermakrifat. Bermakna asal usul aku ialah "arif billah".
Apabila tiba masa yang dikehendaki Allah, aku berpindah ke alam yang lain, yang bernama alam rahim. Didalamnya aku di tiup(di install-kan) setelah kenderaan jasad ini benar-benar mampu dan siap untuk menanggung aku iaitu setelah ia berusia 4 bulan dalam kandungan ibu biologiku.
Setelah 9 bulan 10 hari, aku lahir didunia bersama kenderaanku yang tercipta dari tanah dan air ini. Roh-ku yang asalnya suci bersih bersifat cahaya dan rohani, kini berpengalaman baru bersama tubuh baru yang bersifat fitrah pada waktu kelahirannya.
Cantuman cahaya dan tanah ini menyebabkan aku terlupa bahawa aku berasal dari alam yang tinggi. Bahkan ramai yang terlupa akan perjanjian yang telah termeterai dengan Allah.
Tubuh badanku membesar dan membesar. Didalam tubuh jasad ini mempunyai nafsu dan beberapa sifat kehaiwanan. Benar-benar aku berada dalam ujian selama berada didunia. Aku memerlukan bapa rohani yang dapat memupuk dan membersihkan jiwaku.
Disini ramai manusia termasuk diriku terleka dan terbuai dengan nafsu dan alam dunia ini. Alpa terhadap tujuan dilahirkan disini. Tujuan hidupku disini ialah untuk menyucikan roh dan nafsu(jiwa) tersebut dari noda dan zulumat. Untuk kembalikan kepada sifat asalnya iaitu bermakrifat kepada Allah.
Allah tidak membiarkan manusia begitu sahaja, diutus para utusanNya dan Kitab-kitab suci mengingatkan manusia mengenai perjanjian Alastu dan perhisaban keatasnya kelak di akhirat. Mengingatkan mengapa kita berada disini dan apa tujuan akhirnya.
Apabila ajal tiba, roh ini akan dicabut dari jasad ini. Itulah maut yang pertama dan terakhir kalinya buatku. Maka terkulailah jasad yang ada mata tapi tiada boleh melihat, gegendang telinga yang tiada boleh mendengar, tangan dan kaki yang tiada mampu bergerak, kerana aku telah meninggalkannya.
Jasadku akan ditanam, dikembalikan ketempat asalnya iaitu tanah. Ia akan mereput dan hancur. Boleh jadi saja ia akan menjadi habuan ulat dan tanah. Itulah nasib kenderaanku. Namun aku akan tetap ada. Sekarang di alam barzakh, akulah yang akan ditanya oleh Munkar Nakir.
Setelah tiupan sangkakala, di Mahsyar kelak jasadku yang telah hancur akan dibangkitkan semula. Sekali lagi aku akan disarungkan kedalamnya untuk menuju ke medan perhisaban. Akulah yang akan dipertanggungjawabkan keatas segala perlakuanku didunia.
Setelah itu rohku bersama jasad hidup selama-lamanya tanpa maut akan datang menjemputnya lagi. Disana adalah kehidupanku yang hakiki. Untuk kehidupan akhirat itulah aku dilahirkan didunia ini. Demikianlah perjalananku dan seluruh hamba

Cerita Ihram

Baru tengok rancangan kat tv al hijrah, tajuk Kain Ihram. Kisah orang-orang terpilih yang dapat tajaan mengerjakan umrah. Rancangan Indonesia. Biasanya la Indo, yang susah susah betul, yg senang senang sangat. Dalam rancangan ni sorang penaja akan taja siapa-siapa yang layak tapi tak mampu untuk pergi umrah.
Sorang calon ni nama Firman. Pendakwah. Muda lagi kalau tengok muka. Air muka dia nampak tenang. Cakap pun lembut je. Kisah dia ni terkesan sikit kat hati. Macam mana dia bina madrasah sendiri dengan duit cuma sejuta rupiah daripada persatuan dakwah dia. Kalau ikut currency masa aku pergi sana dulu, baru ~350ringgit. Dengan duit banyak tu dia bina madrasah dari tempat yg mulanya kotor, penuh dengan taik ayam. Logiknya memang tak cukup. Nak beli buku, alat tulis, perabot lagi. Tapi memang konsepnya pendakwah kena pandai-pandai cari duit sendiri, bukan main suap je.
Isteri dia cakap Firman ni dapat tawaran jadi guru tapi dia tak nak. Dia pilih untuk jadi pendakwah bebas dan bina sendiri madrasah dekat kawasan yang ramai orang-orang miskin yang tak mampu nak sekolah. Isteri dia cerita lagi, bila tak ada duit laki dia selalu tak makan. Tengok rumah pun daif je. Alahai.. Sedih banding dengan diri sendiri
Dalam rancangan tu, tunjuk dia jalan seluruh kampung cari anak murid. Dia cerita mula-mula murid dia tiga orang je. Sekarang tengok dah ramai dah. Ajar diorang ngaji sampai jadi hafiz, ajar akhlak, ajak solat. Anak-anak murid dia ni banyaknya anak yatim, anak jalanan, anak-anak tak sekolah yang kerjanya kutip sampah. So yang datang sekolah tu disediakan makan walau tak mewah mana.
Masa diorang nak bagi surprise dekat si Firman ni, ketua persatuan dakwah diorang ni cakap nak hantar Firman pergi dakwah kat Irian Jaya. Kena tinggalkan anak dengan isteri tiga tahun. Jawapan si Firman ni dengan semangatnya sambil angkat-angkat tangan
"setakat tiga tahun saya siap pak"

Tapi masa bagi beg, konon persiapan nak pergi Irian Jaya, rupanya dalam beg tu ada kain ihram (sesuai la dengan nama rancangan ni) Menangis dia sambil peluk-peluk ketua dia tu. Dia cakap dia memang teringin sangat nak pergi sana walau sekali pun.
Lepas tu tunjuk pengalaman dia di Mekah dengan Madinah pula. Firman ni cakap umat Islam kalau nak kuat, solat subuhnya di masjid kena sama ramai macam solat Jumaat.
Teringat masa aku pergi sana.. Masa tu dah nak maghrib. Aku saja jalan-jalan dekat dataran masjid Nabawi, nak tengok payung kuncup.Tempat aku kat dalam mak aku dah cop. Kalau tak memang tak ada tempat la
Tengok orang jalan menderu-deru ke satu arah.. Ke masjid. Yang lelaki banyaknya warna putih. Tengok cantik je. Terfikir bila benda yang sama nak jadi kat Malaysia. Time maghrib tengok orang lelaki menderu-deru keluar rumah nak solat jemaah. Meriah. Baru orang yang tak pergi masjid rasa dia ketinggalan dan nak pergi juga.
Mmm.. Tapi tengok keadaan sekarang macam mustahil je. Kalau nampak pun sorang dua. Saf kat masjid ada la sebaris dua (orang cakap) Tak payah cakap orang. Kalau aku lelaki pun belum tentu aku mampu nak solat setiap waktu kat masjid. Tapi ajaibnya kat sana memang hidup berlegar pada waktu solat. Sebelum solat lagi awal-awal dah ready datang masjid. Dah lewat pun mesti nak solat kat masjid. Lewat sebab balik lawatan lambat masa tu. Dapat la juga solat kat dataran luar tu. Hati tu dekat je rasa dengan masjid. Banding kat sini hidup berlegar pada dunia yang tak habis-habis. Hati dekat dengan dunia. Adui!
Mmm...kerdil sangat bandingkan diri dengan orang-orang macam Firman ni. Orang yang sanggup berkorban untuk agama. Sanggup hidup susah. Suka duduk dengan orang miskin, anak yatim. Masa tunjuk si Firman ni beli ole-ole, dia cakap dia utamakan anak-anak yatim dulu. Lepas tu baru beli untuk anak dengan isteri. Ada lagi orang macam ni rupanya. Sekurang-kurangnya depan Tuhan nanti ada benda yang dia nak tunjuk. Aku ni nak tunjuk apa pun tak tahulah. Apa yang aku dah korbankan untuk agama? Krik krik krik
Alahai...
Al-fatihah untuk setakat ni lima orang rakyat Malaysia dan jemaah jemaah lain yang meninggal dunia dalam tragedi runtuhan kren di Masjidil Haram. Nak cakap kesian kat diorang, aku kesian lagi dengan diri sendiri yang tak tahu lagi macam mana matinya. At least diorang ni dapat meninggal di Mekah, dalam Masjidil Haram, hari Jumaat. Ada yang meninggal dalam ihram lagi. Tengah ibadah. Aku? Mmmm

Friday 11 September 2015

Gratitude Journal


Dah lama tak menulis dalam gratitude journal aku. Last tulis bulan 5 tahun ni. Rasa rindu nak menulis hari-hari macam dulu. Sekarang masa terasa cepat sangat berlalu. Sampai nak buat apa-apa pun rasa tak sempat. Tanda nak kiamat. Hmmm...

Aku mula tulis journal ni two years ago lepas dengar talk Prof Muhaya. Sebelum tidur aku wajibkan tulis "3 things that I'm grateful today". So aku akan fikir balik apa yang jadi sepanjang hari ni. Kalau semunya biasa-biasa je, biasa-biasa tu adalah nikmat. Sebab biasa-biasa maknanya aku sihat. Kereta aku tak rosak. Aku tak ada problem kat tempat kerja. Aku tak bergaduh dengan siapa-siapa. Tak ada apa-apa kemalangan berlaku hari ni. 

Dan katalah hari tu hari yang paling banyak benda buruk jadi kat aku... At the end of the day bila aku masih mampu menulis maknanya aku masih ada kudrat. Aku masih ada nyawa. Masih diberikan kesempatan untuk hidup. Dan yang paling best, aku masih ada Allah untuk mengadu. Biasalah manusia, susah baru ingat Tuhan.

Nikmat Allah kalau nak dihitung, memang tak terhitung. Tapi lumrah manusia termasuk aku, bila jadi satu benda yang buruk, satu yang buruk tu lah yang kita dok fokus instead of nikmat-nikmat yang kita nikmati saban hari. So gratitude journal ni salah satu cara nak tune otak kita supaya fokus pada nikmat daripada ujian. Siapa tahu sebenarnya ujian tu pun baik untuk kita. Dengan syarat, sabar.

Antara nikmat yang selalu dilupakan adalah nikmat duduk dekat negara yang aman. Nikmat boleh tidur tanpa takut masa tidur rumah kena bom. Bebas nak pergi mana-mana tanpa rasa takut kena serang. Tapi nikmat ni juga yang selalu buat kita lupa. Leka. Selalu buat angan-angan kita panjang yang kononnya hidup ni lama lagi. Amal ibadat boleh buat esok lusa. Bandingkan orang-orang yang hidup dalam negara yang tengah berperang. Yang hari-hari diingatkan dengan kematian. Mesti pergantungan diorang pada Allah tinggi. Mesti diorang sentiasa sedia untuk mati. Kan ke itu orang yang paling bijak, yang paling banyak mengingati mati. Compare dengan aku yang hidup aman damai ni. Hmmm

Aku pernah tengok Majalah 3 pasal pelarian syria di kem Turki. Sorang laki ni cerita masa dekat Syria dulu dia duduk rumah besar, ada perniagaan. Kira dia ni kaya juga la. Tapi sebab negara dia kucar kacir, dia tinggalkan semua tu dan hidup serba sederhana dekat kem pelarian. It make me think, apa saja yang aku ada hari ni, kerja, kereta, rumah... semua tu tak ada makna lagi kalau tanah air tempat aku berpijak ni kucar kacir. Even family yang aku ada ni pun boleh hilang bila-bila masa je. Contoh macam family Alyan. Tergerak nak tulis pasal Syria ni pun sebab sekarang tengah viral pasal gambar Alyan Kurdi, kanak-kanak 3 tahun pelarian Syria  yang dijumpai lemas di laut turki. Sedih.

Tapi sedih pasal Alyan pun, aku lagi sedih dengan diri sendiri. Alyan meninggal dalam fitrah. Tempatnya dah tentu di syurga. Aku??

Sleep tight Alyan..after what had happened in your country, you deserve a good rest now.

Friday 28 August 2015

Mari merungut

Menulis dalam keadaan bosan gila menunggu sistem yang rasanya dah loading dekat sejam, tak siap-siap lagi. Tu baru satu part daripada banyak lagi part yang kena buat. Bukan nak merungut...tapi merungut jugalah. Tahu kan dekat Malaysia kakitangan paling ramai adalah cikgu? So kalau nak wajibkan apa-apa yang perlu diisi online tu, tolong bagi masa yang mencukupi- satu. Dua- pastikan server tu laju, boleh tampung bilangan orang yang tengah nak mengisi ni. Jam sekarang pukul 12.57 a.m. Pun macam siput. Kalau siang lagi la berjanggut kena tunggu. So bilanya yang aku boleh isi ni? Dah la mengisi ni pun pakai laptop adik aku. Laptop sendiri, time ni pula dia rosak. Nak baiki dah bergaduh pula dengan tukang baiki laptop tu. Duh!

Ni pakai intenet kampung yang boleh la dikatakan laju. Dah balik sekolah nanti, laptop siapa aku nak pakai. Dah semua orang pun kena isi juga. Dah internet pun kena beli sendiri, kongsi pakai 6 orang. Data limited. Lagilah macam siput nanti. Dateline dua hari lagi. Esok nak kena bangun pagi-pagi, ada hari kantin pula. Kena angkut khemah, angkat meja, siang sayur, goreng ayam, jaga kupon.


 
Ok, done merungut. Aku dah tertidur. Bangun tidur pukul 4.30 laptop masih on. Mata dah tak boleh tahan, matikan labtop

Bangun lagi pukul 5 lebih. Apa yang aku buat malam tadi, loading sikit punya lama tapi langsung tak save. Mula taip balik, Kali ni baru laju. Masalahnya aku nak kena pergi sekolah pula. Dah janji nak datang awal. Bilalah boleh siap ni.   

mmmmm.................




Ujian anak

Hidup memang pentas ujian. Susah ujian, senang pun ujian. Orang yang takde anak macam aku nak anak. Yang ada anak pula akan diuji dengan macam2 ujian anak. Ada yang anaknya sakit, ada yang meninggal, ada yang diuji dengan anak yang tak sempurna akal atau fizikalnya. Belum lagi dengan karenah anak yang macam-macam.

Tadi kawan aku cerita pasal anak dia. Baru masuk darjah satu tapi dah pandai ambil barang kawan. Lepas tu cakap bolak balik. Duit kat rumah pun selalu hilang. Dia cerita malam tadi dia dengan laki dia ajar anak dia betul2. Dia letak kat luar tak bagi masuk, laki dia bantai dengan tali pinggang, dicili mulut sampai merah2. Walaupun dia pukul anak dia, depan aku dia menangis. Anak kan. Sebahagian daripada diri. Sakitkan anak tu umpama sakitkan diri sendiri. Dah la nak dapat yang satu tu bukan senang. Setahun lebih dia menunggu. Aku terbayang masa aku kecil. Masa mak aku pukul, marah..mungkin dalam hati atau di belakang aku dia menangis juga. Mmm..

Sebelum ni sorang lagi kawan aku (kawan sekerja aku memang ramai kakak-kakak) cerita pasal anak dia juga. Baru masuk darjah satu. Pening kepala dia dengan macam-macam perangai anak dia dekat sekolah. Pernah anak dia sarung spender dekat kepala, anak dia cakap babi, main-main tak nak wat kerja. Awal sekolah lagi dia dah kena panggil dengan cikgu pasal perangai anak dia ni. Malulah dia kan sebab dia sendiri cikgu.... Mmm

Sebelum ni ada juga aku dengar cerita, sorang cikgu sekolah aku ni keluarkan anak dia dari sekolah harian dan hantar ke sekolah agama. Anak dia ni ada macam2 kes sebelum ni. Alhamdulillah dia kata anak dia sejak masuk sekolah agama dah bertambah baik. Still bagi aku sekolah agama bukan penyelesaian untuk segala-galanya. Sekolah agama pun ada cerita dia sendiri.

Semalam cikgu kaunseling sekolah aku cerita ada mak datang sekolah, tak puas hati sebab cikgu cakap anak dia OKU. Kata cikgu tu, perangai anak dia memang pelik sikit. Kelas hujung. Cikgu masuk kelas dia keluar petik bunga, lepas tu tampal-tampal kat dinding. Belum lagi datang bilik kaunseling baring dalam tu. Aku dengar pun rasa semacam. Tapi hati mak kan. Di mata dia anak dia sempurna aja. Dia kata anak dia balik sekolah tidur je, tak buat pun benda pelik-pelik. Entahlah. Tak tahulah denial atau anak dia yang sangat pandai berlakon.

Aku mengajar budak OKU, masalah pembelajaran. Adik aku sendiri pun OKU, down syndrome. Tabik pada mak bapak yang ada anak macam ni, yang tak pernah sisihkan anak dia (sebab ada je mak bapak yang tak kisah kan anak dia yang OKU ni)  Yelah, semua orang nak anak yang sempurna, yang pandai. Paling tak pun boleh urus diri. Ini ada kalangan anak murid aku ni yang sampai bila-bila pun kena dilayan macam budak kecik. Yang tak boleh nak urus diri pun. Contohnya adik aku sendiri. Makan kena bagi, pakai kena urus. Adik aku cakap pun tak boleh. Sensitif. Angin. Bila time angin dia datang, memang jenuh nak memujuk. Tapi siapa tahu dia ni la sebab mak bapak aku dapat syurga nanti. Amin.

Aku tulis semua ni sebab nak ingatkan diri aku sendiri, walaupun aku nak sangat anak, jangan lupa yang anak tu sendiri adalah ujian. Amanah Allah yang sangat besar. Ada sebab kenapa Allah belum benarkan aku jadi mak. Dan aku percaya perancangan Allah adalah yang terbaik. Mungkin Dia nak aku mengerti hakikat yang anak adalah ujian. Ujian hati supaya walau apa pun, kena letakkan Allah nombor satu melebihi yang lain. Mungkin Allah nak aku lebih bersedia. Lagi-lagi nak besarkan anak zaman ni. Ujian dari segenap penjuru. Benda-benda buruk boleh dapat hujung jari. Mungkin Allah nak bagi aku lebih masa untuk beribadah, dekatkan diri pada Dia. Macam yang kawan aku selalu cerita, ada anak kecil ni, nak solat pun terkejar-kejar. Dan dengan sebab dia belum bagi aku anak atau pasanganlah aku dapat berdoa menangis-menangis pada Dia, mengadu rasa hati aku. Mungkin bila aku dah dapat semua tu, aku tak rasa lagi pengharapan macam ni pada Dia.

Ya Allah, kurniakan aku anak penyejuk mata, penawar di hati, pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa. Anak yang mendekatkan lagi aku pada Mu. Wahai Allah yang Maha agung, Maha baik, lagi Maha halus perancangannya.

Monday 24 August 2015

Refresh myself

Rasa dah lama sangat tak mandi air terjun. Dengan macam-macam benda jadi lately, macam-macam benda yang menyesakkan kepala, aku rasa memang perlu sangat pergi somewhere, nak unwind. Refresh myself.

So habis sekolah aku ajak dua orang anak murid aku pergi Gunung Pulai. Diorang pantang diajak, on aje. Nak ajak kawan-kawan aku susah la. Masing-masing ada komitmen keluarga. Dengan anak-anak lagi. Nak sampai tempat ni kena jalan jauh sikit.. Naik bukit, turun tangga, lalu semak, ikut celah-celah batu. Memang renyah la kalau bawa budak kecik. Bawa budak muda ni senang. Diorang fit lagi. Aku lak yang semput. Memang terasa dah tua.

Aku  sampai pukul 2 lebih, balik sebelum pukul 5. Dapat mandi sekejap pun jadi la. Buat lepas gian. Air terjun sejuk nak mandi lama-lama pun.
Tempat ni dah cantik, dah tak banyak sampah since last time aku datang sini. Diorang buat gotong royong sultan nak datang hari tu. Dan hari ni aku dapat mandi tempat yang dari hari tu aku nak mandi. Sebelum ni asyik ada orang je. Hari ni rezeki, tempat tu kosong. Cantik sangat. Subhanallah. Tinggi sangat air terjun tu. Air pun sejuk sangat. Memang best. Alhamdulillah.

Next time aku nak sempurnakan misi naik sampai puncak yang tak kesampaian hari tu sebab hujan. Tapi hari ni baru hiking sikit dah semput macam apa. Tak tahulah nak hiking sampai atas tu macam mana aku minta nyawa agaknya. Tak pe, slow mana pun aku jalan, someday nak sampai atas gak. Ni misi aku tahun ni.
Aja aja fighting Zee!
                    

 
Add note: masa aku bagi gambar ni kat kawan aku, dia cakap 'macam manalah syurga yang di bawahnya mengalir sungai- sungai.' Good reminder... Kan apa-apa yg ada di dunia ni seharusnya dikaitkan dengan negeri kekal abadi kita, akhirat. Harap suatu hari aku dapat saksikan syurga yang dibawahnya mengalir sungai-sungai tu. Dekat dunia pun dah cantik, kat sana lagilah. Tak tergambar dek mata, tak terdengar dek telinga. 

Ya Allah, walau aku tak layak untuk syurga Mu, tetap aku harapkan syurga itu. Sebab aku takut dengan api nerakaMu, dengan siksaMu. Yang tak akan tertanggung, tak akan terbiasa walau bertahun-tahun dalam tu (seksaannya makin hari makin teruk, sebab benda yang kita hadap hari-hari kita akan lali kalau kat dunia ni) Yang kalau penghuni neraka dimasukkan dalam api dunia, dia boleh tidur. 
Ya Allah, sungguh aku tak bersandar pada amalanku yang langsung tak sempurna untuk syurga itu...Hanya bersandar dengan sifat Rahman dan Rahim Mu..wahai Tuhan yang Maha Baik, Maha Pengasih, Maha Penyayang, berilah aku redhaMu. Di dunia dan di akhirat sana... Amin

Saturday 22 August 2015

Kenapa aku suka Nouman Ali Khan?

Dalam blog ni, banyak petikan kata-kata atau video aku ambil dari Nouman Ali Khan. Kali pertama aku tahu pasal NAK ni masa bulan puasa, tak ingat tahun bila. Dia cerita kaitan puasa dengan taqwa. Video tu kawan aku share kat fb. Lepas dengar aku rasa macam...eh, sangat betul la. Lepas tu aku cari kuliah dia dekat you tube. Berlambak. Rupa-rupanya dia memang well known, not only in US but worldwide (Muslim community)

Dia pernah datang Malaysia. Banyak kali rasanya. Tapi aku tak pernah dapat pergi sebab buat dekat KL atau Selangor. Kalau cuti sekolah memang aku nak datang sangat. InsyaAllah suatu hariy nanti aku dapat juga dengar talk dia live.

Ada banyak sebab kenapa aku suka Nouman Ali Khan. Antaranya.......

1. English dia clear, aku boleh faham. Dr Zakir Naik aku kena dengar betul-betul kalau nak faham. Tapi NAK, sambil basuh pinggan, sapu sampah aku boleh pasang earphone dan dengar dengan clear. Lagi satu suara dia tenang je. Tak ada menjerit-jerit ke apa. Sedap didengar. Suara dari perut kot.

2. Dakwah dia berhikmah. Dia tak judgmental. Dia tak berpihak pada mana-mana sekta muslim, tak kira sunni, syiah, khawarij, sufi, salafi, wahabi. Dia tak pernah mention apa-apa pun pasal ni. Prinsip dia, dia tak akan cakap benda yang dia tak ada pengetahuan yang betul-betul mendalam pasal tu. Sebab tu jarang sangat atau hampir takde dia nak sebut pasal apa-apa hukum fiqh. Sebab bagi dia ada orang lain yang lebih layak untuk cakap pasal benda tu. Tak ada kata-kata dia yang merendahkan atau memperlekehkan siapa-siapa pun walau orang Islam yang baru nak kenal Islam hatta yang bukan Islam.

3. Ilmu dia mendalam. Dia kuasai satu atau beberapa part dan dia betul2 nail that part. Kemahiran dia adalah bahasa arab dan Al-Quran. Bila dia tafsir Al-Quran, dia akan tafsir sedetail2 nya. Perkara tu even berat mana, dia akan cuba simplify dengan segala analogi, simile, hiperbola nak kasi orang faham. Cara penerangan dia sangat menarik. Lagi bila dia terangkan kenapa Al-Quran tu mukjizat yang teragung. Enthusiasm dia pada Al-Quran, orang lain pun boleh rasa. Sangat bersungguh-sungguh. Full of passion. Buat kita pun terasa nak sangat belajar pasal Al-Quran.
Selain Al-Quran, NAK suka cerita pasal orang muda, pasal family. Cerita dia berdasarkan pengalaman dan pemerhatian dia sendiri. Jadi sangat real. Dia tak tumpukan sangat dakwah pada bukan Islam sebab bagi dia orang Islam sendiri ramai yang dah tinggalkan Islam.
Selain dari topik tu, jarang dia nak sebut pasal hal lain. Orang minta komen pasal panduan pakaian perempuan Islam pun dia tak nak komen. Sebab bagi dia ada orang lain yang memang belajar bab tu, yang lebih layak untuk komen. Tapi atas dasar ramai orang dengar talk dia dari orang lain, dia cakap juga. Tapi umum la.
Dia pernah tulis yang tak ada orang yang patut tanggung semua beban kecuali Nabi Muhammad s.a.w. Nabi je yang expert semua benda, tahu segala-gala bidang ilmu. Tentera, politik, Agama. Dia tulis masa tu sebab orang sibuk desak dia suruh keluarkan pandangan dia pasal Palestin. Dia pula tak nak cakap benda yang dia tak pasti. Sebab dia tahu dia ramai pengikut. Dia tak nak mana-mana pendapat dia orang jadikan fatwa/ hukum. Atau orang ikut melulu. Tapi tu bukan bermakna dia tak ambil tahu atau tak ambil berat.

4. Dia humble. Walaupun dia banyak ilmu, tapi dalam ceramah dia banyak kali dia sebut yang dia cuma student of knowledge. Banyak benda baru yang dia discover setiap hari. Dia tak suka orang puji dia. Dia suruh orang tukar pujian tu pada doa. Dia sebenarnya tak suka orang dok selfie2 dengan dia sebab bagi dia ulama dulu orang tak sibuk-sibuk nak ambil gambar. Orang ambil ilmu. Tapi atas dasar dia sangat memahami dan berlapang dada yang iman manusia ni berbeza-beza, dia ikutkan juga walau tak suka.
Dia juga sentiasa ingatkan, jangan hanya dengar ceramah dia je. Dengar juga ceramah dari speaker-speaker lain. Sebab dia cuma cakap beberapa topik je. Banyak lagi topik yang orang Islam sepatutnya tahu dan dengar daripada orang yang selayaknya bercakap bab tu. Dia tak nak orang taksub dengan dia. Bagi aku attitude ni memang sangat bagus. Sebab ada sesetengah orang, bila dah berguru dengan seseorang, dia tak nak ambil ilmu dari orang lain lagi. Ustaz Pahrol pun ada cakap, antara tanda guru tu betul, dia akan galakkan anak murid dia belajar dengan orang lain. Bukan dengan dia je.
Nak cerita pasal humble, memang ni antara sifat yang aku nilai dari mana2 speaker yang aku dengar. Kalau awal-awal ceramah speaker tu dah mula point orang tu salah orang ni salah, aku memang off la nak dengar lagi. NAK sendiri pernah cakap, ilmu patut buat orang rasa lagi humble. Buat orang rasa dia lagi banyak tak tahu. Kalau ilmu tu buat dia rasa dia lebih baik daripada orang lain, maknanya dia tak belajar ilmu yang benar. Syaitan dulu darjat dia tinggi. Ilmu dia banyak. Dia pernah jumpa dengan Allah, bercakap dengan Allah. Apa yang kurang adalah sikap humble. Dan dia dihinakan sehina-hinanya kerana tak ada sifat tu.

5. Dia kelakar. Kelakar yang aku boleh gelak tanpa rasa direndahkan. Dan dia bukan kelakar sepanjang masa tak kena tempat. Kelakar dia ada makna dan mesej yang nak disampaikan. Bagus la. Dengar ceramah agama bukan nak gelak macam tengok Maharaja Lawak. Paling suka kalau dia cerita pasal family, dia buat suara kecik mengajuk suara anak dia. Comel.

6. Pendekatan dia segar. Muda, remaja. Cerita pasal Justin Bieber, Hannah Montanna, contoh dari filem. Kiranya dia bukan ustaz yang hanya duduk kat masjid mengaji kitab kuning. Dia ambil tahu hal sekeliling, Tu buat orang boleh relate dengan dia.

7. Background dia buatkan dia faham struggle orang yang nak berubah. So bila dia bagi tips atau nasihat untuk jadi better muslim, nasihat dia sangat-sangat..emmm..senang nak ikut la. Suka dengar kisah macam mana dia boleh jadi dia yang sekarang daripada seorang yang suatu ketika dulu boleh dikatakan atheist. Memang inspiring la cerita dia.

                                         Muslim who turned to be atheist and back to Islam

8. Dia tak cepat menghukum. Dia sangat objektif. Orang sekarang sibuk sangat dengan benda khilaf sampai hilang fokus pada benda yang lebih penting. Contoh orang tanya tentang taraweh, nak buat 8 atau 21. Jawapan dia, kenapa nak sibuk pasal 8 atau 21 sedangkan ada orang Islam yang langsung tak solat pun. Lepas tu tanya sambut maulid bidaah ke tak. Jawapan dia ada orang Islam yang tak kenal pun siapa Muhammad tu. Kenapa nak sibuk-sibuk nak hukum pasal maulid. Metaforanya ada orang tengah cat bangunan jatuh. Orang sekeliling sibuk tengok cat yang tumpah atas kereta Ferrari padahal orang yang jatuh tu dah nazak. Camtu la situasi kita sekarang ni. Sibuk sangat dengan benda khilaf. Yang dah betul-betul salah dibiarkan.

Tapi NAK ni tetap ada beberapa kritikan yang aku dengar. Antaranya pakaian dia. Tapi NAK sendiri pernah cakap Islam datang bukan untuk hapuskan budaya, tapi bersihkan budaya yang bertentangan dengan agama. Kalau ada satu dua benda yang nampak tak kena di mata orang tu biasalah. Memang manusia tak ada yang sempurna. Yang sempurna cuma Islam. Penganutnya tak. Terlalu taksub atau anggap seseorang tu sempurna bagi aku satu kebodohan. Sebab manusia yang maksum tu dah lama wafat. Manusia yang tinggal sekarang ni semua adalah manusia yang tak maksum, yang sentiasa buat salah.

Teringin nak subscribe kelas online Bayyinah TV dia. Azam dari awal tahun lagi tapi tak buat-buat lagi. Macam-macam alasan. Manusia manusia...

Harap Allah terus bagi dia kesihatan, kekuatan, kesempatan untuk laksanakan misi dia, menyebarkan mesej2 dalam Al-Quran untuk semua orang terutama sekali untuk orang-orang Islam. Rugi kalau mukjizat agung ni hanya kekal sebagai buku. Yang dibaca, tapi tak cukup difahami dan dihayati. Takut juga kalau di akhirat nanti, Al-Quran datang sebagai pendakwa. Dakwa kita sebab telah mengabaikan hak dia.
Harap al-quran akan datang sebagai pembela kita nanti. Sebagai hujah kita dihadapan Allah. Amin..  


Thursday 20 August 2015

Penilai tak bertauliah

Dulu aku selalu ulang-ulang dalam hati -I'm a big girl, words can't hurt me anymore.  
Wrong..I was dead wrong
What happen today prove that words do hurt me..and it hurt a lot

Yes aku tak sempurna. Family aku ramai lelaki. Gurau naik kaki tangan dah biasa. Bengek, bengong, ngek, ngong tu bahasa basahan. And I said stupid all the time. When I forgot something I said, stupid me. When my phone buat hal, I said stupid phone. When my car broke down I said stupid car.
Walaupun aku tak cakap pada orang, tapi ya..memang benda tu tak bagus. Muslim tu kan patut ada self restrain. Dalam percakapan, pandangan, pendengaran, dalam tingkah laku. Segala-galanya

Tapi benda yang dah sebati bertahun-tahun, tak kan boleh diubah dalam sehari dua. Ada masa akan terkeluar juga. Nak tegur silalah tegur. Tapi tolonglah...tak perlu nak kaitkan dengan pakaian aku. 

Harap je pakai tudung labuh (serius, tudung aku belum kategori labuh, cuma tak singkat je) pakai stokin, pakai stongan.  

Ya Allah, mulut yang bercakap memang senang. Aku yang mendengar, rasa macam dihina sehina-hinanya. Direndahkan serendah-rendahnya. Siapa dia nak persoalkan aku macam tu? Dia tahu ke struggle aku untuk buat semua ni. Kadang-kadang aku rasa panas, kadang-kadang rasa rimas dan ada ketika terfikir 'kasut ni lagi cantik kalau tak pakai dengan stokin.' Aku tak macam sesetengah orang yang daripada tak pakai tudung hari ni, esok terus boleh pakai tudung labuh. Dan lepas tu terus berpurdah. Tak. Aku ambil masa. Step by step. Langkah aku perlahan. Lebih banyak mengundur dari ke depan. 
Kalau pakai purdah sekalipun, orang tu tetap manusia. Tetap ada salah dan silap. Pakai semua tu bukan tanda sempurna. Cuma usaha untuk jadi lebih baik. 

Kepada orang yang suka sangat pertikaikan orang lain ni. Tolonglah. Everyone had their own struggle. And I do had my own demon.
Kalau nak pakai tudung tu senang untuk kita, mungkin benda tu sangat susah untuk orang lain. Orang yang hidup di kalangan mereka yang tak pakai tudung (family, kawan-kawan, masyarakat sekeliling) Kalau solat tu senang untuk kita, mungkin susah untuk orang lain. Orang yang kerja dengan majikan yang tak bagi solat ke, yang kena sorok-sorok sebab family atau kawan tak solat. Dan baca al-quran mungkin senang bagi kita yang dah belajar sejak kecil. Tapi cukup susah untuk orang yang dah besar baru nak mula belajar. Banyak lagi la contoh lain. 

Semua orang ada keinginan untuk jadi baik. Jadi hamba Allah yang lebih taat. Bezanya sama ada sempat (ketika hidup) atau tak sempat (ketika dah ada 6 kaki bawah tanah) Sama ada keinginan tu kuat atau tak. Kekal atau akhirnya dilupakan dalam kesibukan hidup hari-hari. Nak berubah bukan senang (untuk aku). Dengan tarikan dunia, gelojak hawa nafsu, bisikan syaitan. Tolonglah jangan tambah lagi susah untuk orang-orang yang ada keinginan untuk jadi lebih baik ni. Kalau tak boleh bagi semangat, paling kurang ketap bibir rapat-rapat (verbal) atau kepal tangan kuat-kuat (writing). Tahan diri daripada nak mempertikai, menghakimi, menyindir, mengutuk, menghina.

Isu yang paling kerap kita dengar kalau pasal perempuan ni adalah tudung.....Sebab benda tu luaran, paling senang nak dinilai oleh penilai-penilai tak bertauliah ni.  

Kata dah masuk Islam, tak pakai tudung pun 
Pakai tudung, tapi baju ketat lagi 
Harap je tudung labuh tapi perangai #####
Tak payah la berpurdah bagai kalau masih lagi gedik.

Allah. Kalau pasal tudung, kita tak tahu macam mana susahnya seseorang tu nak meletakkan sekeping kain atas kepala dia tu. Mungkin hanya dengan sekeping kain tu dia disindir kawan-kawan, merasa asing dalam family, disisihkan kat tempat kerja. Dan kita tambah lagi sakit dia dengan statement judgmental macam tu. 

Daripada pandang yang tak baik, kenapa tak pandang yang baik?
Walaupun dia belum pakai tudung, sekurang-kurangnya dia dah Islam
Walaupun baju dia ketat lagi, at least dia dah pakai tudung daripada tak pakai dulu.
Walaupun perangai dia tu salah, tapi dia tutup aurat dah sempurna. Pakaian dan perangai dua perkara yang berbeza.
Dan mungkin dia pakai purdah untuk kawal kegedikan dia tu. Mungkin dia memang jenis manja dan dia dah cuba kawal sedaya upaya supaya tak nampak gedik. Siapa tahu?
Dan cuba banding dengan diri sendiri. Diri aku dah cukup sempurna ke? Dan kalau betul kita rasa kita dah sempurna, apa beza kita dengan syaitan? 
Syaitan mengakui Allah itu Allah. Syaitan tak pernah leka dari tugasnya selama ini. Silapnya, dia merasakan diri dia lebih baik daripada Adam r.a. Dan kesombongan dia menyebabkan dia ingkar untuk bersujud pada Nabi Adam r.a.

Merasakan diri lebih baik daripada pendosa meletakkan kita lebih rendah berbanding dirinya di sisi Allah...Pahrol Mohamad Juoi

Nak tegur pun salah ke? Kan wajib cegah kemungkaran.

Aduh, bab 'nak tegur' ni malas aku nak komen. Zaman sekarang ni semua orang yang jadi penilai tak bertauliah akan guna alasan 'nak tegur' 'nak cegah kemungkaran' 'nak nasihat' lebih-lebih lagi dalam media sosial. Cuma aku boleh cakap, kalau cara ni lah yang Nabi Muhammad s.a.w guna untuk sebarkan Islam dulu, rasanya Islam tak akan berkembang hingga pada kita sekarang

Nabi tak menghakimi.
Nabi tak bersangka-sangka.
Nabi berdakwah penuh hikmah
Hati Nabi penuh dengan kasih sayang. 
Walaupun disakiti, Nabi tetap doakan orang yang dah menyakiti Nabi tu.

Tapi kita?
Di mana doa kita?
Adakah kita jaga hak dia untuk tidak diaibkan?
Adakah kita sudah berlemah lembut dalam menasihati (Firaun yang macam tu punya teruk pun Allah perintahkan Musa r.a untuk berlemah lembut)
Adakah kita tahu struggle dia selama ni?
Adakah kita dah cukup selami latar belakang agama dia, latar belakang keluarga dia?  
Adakah dalam menasihati, ada terdetik rasa dalam diri kita yang kita lebih baik daripada dia?
Adakah teguran kita tu sekadar untuk merendahkan kerana kita sebenarnya cemburu pada orang tu?
Atau teguran tu sebenarnya satu escapism untuk kita. Pelepas diri dari rasa bersalah sebab kita belum mampu untuk buat macam orang tu. Contoh bila kawan kita yang dulu sama-sama free hair dah pakai tudung. Kita cakap apa guna pakai tudung, baju ketat. Apa yang kita cakap tu sebenarnya pelepas diri supaya tak rasa bersalah tak pakai tudung. 

Contoh macam gimnas kita yang menang sukan SEA hari tu. Tak payah lah sebut nama. Dengan semua orang hentam dia dalam masa yang sama, terang-terangan, bahasa pula tak la sesopan mana. Rasanya dia akan berubah ke dengan 'teguran' yang macam tu. Bila dia menjawab orang marah. Tahu pula marah. Habis ingat dia tak ada perasaan marah ke?
   
Kenapa ramai sangat nak jadi Tuhan? Pelacur yang bagi minum anjing pun Allah bagi syurga. Siapa kita nak kata orang lain jahat? Orang lain tak betul? Mungkin hari ni kita pandang dia kurang daripada kita, esok lusa kita tak tahu lagi di mana kita dan di mana dia. Hidayah milik Allah. Bila-bila masa Dia boleh bagi dan bila-bila masa Dia boleh tarik balik. 
Aku selalu ingatkan diri aku, dekat akhirat nanti kita tak akan sibuk-sibuk pasal dosa orang lain. Kita cuma sibukkan dosa kita sendiri je. So, kenapa nak sibuk sangat dengan salah orang dekat dunia ni.

Cukuplah....

Dan sekarang aku ubah ayat dalam hati aku

I'm a big girl. Words can hurt me but it can't bring me down.  

Lantak la orang nak cakap apa. Walau hati aku sakit sekalipun, kata-kata tu tak akan menjatuhkan aku. Dia kutuk aku pakai stokin, pakai stongan...aku akan tetap pakai. Yang aku perlu ubah cuma perkataan aku. Bukan ubah pakaian aku supaya orang tak kutuk aku lagi.

Tuhan, beri aku kekuatan.


                                          https://www.etsy.com/search?q=muslim_decals

Thursday 6 August 2015

I'm forgetful yet I'm thankful

Tengah sedap-sedap berangan masa lampu isyarat merah, tiba-tiba ada lelaki ketuk cermin. Dengan segala kelam kelabutnya aku cepat2 tekan lock kereta. Mana la tau orang tu nak merompak ke (bukan perompak terus kasi pecah je ke)
Lelaki tu buat muka macam tak boleh blah. What? Self defense salah ke? Dia ke belakang, datang balik menayang-nayangkan kunci yang aku macam kenal keychain nya tu.

La, kunci aku rupanya! Aku guna spare key masa nak buka bonet pagi tadi. Yelah, pagi-pagi gerak dari kampung ke tempat kerja, mesti ada beg baju yang kena letak kat bonet. Malas nak buka bonet dari depan, aku guna spare key je tadi. Lupa nak cabut balik. So benda tu tergantung je la kat situ sepanjang perjalanan tadi. Nasib ada orang tunjuk, kalau tak aku rasa aku terus menonong je park kereta dengan kunci kat belakang.

Bukan benda baru. Biasa. Dah biasa sangat. Pernah aku park kereta nak pergi kedai, kunci segala bagai tapi cermin belakang terlopong besar tak tutup, beg duit kat seat belakang. Masa nak bayar baru perasan purse takde. Nasib selamat

Pernah aku bangun pagi, tengok gate rumah aku tak bertutup sepanjang malam tadi. Terbuka luas macam nak menjemput pencuri masuk. Nasib selamat walhal aku duduk sorang.

Tinggal handphone, tinggal labtop, tinggal power bank, tinggal pendrive kat kedai gambar, pergi pasar malam, dah kecur liur tengok macam-macam makanan sedap, akhirnya balik semula tak beli apa-apa pun sebab lupa bawa purse. Kalau nasib baik jumpa orang yang aku kenal, aku pinjam duit dia dulu. Alah, biasalah tu.

Pernah mak aku bagi pinjam cincin. Agaknya dia teringin tengok jari anak dia ni tersarung cincin agaknya. Masa wuduk aku cabut letak dalam baldi. Lupa nak sarung balik. Pendek cerita akhirnya cincin tu aku terbuang dalam toilet bowl (masa tu flush rosak) Hilang jam tangan, spec hitam tu jangan cakap la, biasa sangat.

Masa kat U dulu, dalam dompet aku ni rasanya tak ada kad yang tak pernah tukar baru. Kad BSN pernah, kad Affin pernah, IC pernah (dua kali tukar) meal card pernah. Semuanya pernah hilang.

Handphone pun pernah hilang, cuma librarian yang baik hati simpankan untuk aku. Tapi masa dia bagi balik, panas juga la telinga dengar dia membebel (lelaki, belum masuk 30 an rasanya. Boleh tahan kau membebel)

Purse banyak kali hilang. Ada sekali pakcik teksi India yang baik hati pun tolong pulangkan balik (baik hati pun aku kena bayar duit tambang dia patah balik tu. Fair enough) Kawan-kawan aku pun dah maklum sangat perangai aku. Sampai bila aku cakap barang aku hilang, diorang dah tak heran. Aku pun dah malas nak gelabah2. Dapat balik bagus. Tak dapat dah.

"Purse aku hilang....lagi." Muka tak beriak.
"Oh ye ke?" Kawan aku pun muka tak berperasaan. Sebab dah banyak kali sangat.

Masa tinggal dengan abang aku, banyak kali aku kena marah sebab lupa kunci rumah. Dia balik tengok rumah terlopong dengan pintu terbuka. Dia dah ingat ada pencuri masuk, rupanya aku yang lupa kunci. Pernah jiran sebelah sampai panjat pagar tolong tutupkan pintu rumah abang aku yang ternganga padahal kitorang balik kampung.

Shopping pun sama. Selalu jadi, barang dah scan, dah bayar, last2 aku blah lenggang kangkung. Kalau sempat chasier tu panggil, tak sempat nanti bila sedar aku datang tuntut balik. Tak sedar juga burn je la. Duit balik pun selalu lupa nak ambil. Emm biasa.

Kalau jalan2 aku tak boleh bawa banyak-banyak plastik. Nanti mesti ada je mana-mana plastik yang akan cicir. Biasalah, bila excited nak pilih barang kita akan letak barang dekat tangan kat bawah kejap kan. Tapi aku selalu lupa nak ambil balik. Kadang-kadang tergeletak je plastik tu aku park atas rak kedai orang.

Mak aku pernah cakap, "nasib 'benda tu' lekat, kalau tak pun tinggal juga."
Emmm, sengih je la.

Kawan-kawan tempat kerja aku macam mak-mak sikit. Kalau tak macam mak pun, jenis yang perfectionist. Nak semua tip top. So banyak kali la aku kena bebel (diorang memang baik cuma mungkin concern tu terlebih kot) Ada masa aku ok. Ada masa aku terasa juga. Lagi-lagi kalau sekali tiga orang bash aku sorang.

Tapi betul la, Tuhan tu kan adil. Tengok-tengok orang yang dok cakap "nanti ada anak, anak pun lupa" esoknya dia pula yang terkunci anak murid dalam kereta masa kitorang ada program. Kesian budak tu tak reti nak keluar sendiri (anak murid aku istimewa) Nasib aku nampak.

Dan pernah juga aku jawab,
"Ya betul aku pelupa. Tapi aku bersyukur Allah jadikan aku pelupa. Bila korang cakap aku macam-macam, tak la sampai rumah aku sakit hati terus. Aku boleh lupa. Selagi benda tu tak menusuk ke hati."

Diam tiga saat....

Dan baiknya sikap lupa aku ni (disebalik aku selalu lupa nama atau muka orang yang menyebabkan orang yang tegur aku akan rasa awkward sebab aku tak kenal dia) ia memudahkan aku lupa orang yang memang patut aku lupakan. Ya, selagi orang tu tak masuk dalam hati.

Di sebalik benda buruk yang ada pada kita, cuba cari kebaikan yang ada. Carilah. Mesti ada.

Kalau tak cantik, disebaliknya dapat elak riak, tergedik-gedik bajet cun, orang pun tak iri hati (banyak kes jadi lately, yang kena bunuh dengan bekas tunang, bekas boyfriend, stalker, kena toreh, aku tengok semua yang cun gila)

Kalau tak kaya, dapat tidur lena, tak risau orang masuk rumah nak curi barang (Ustaz Pahrol cakap, orang yang paling takut miskin adalah orang kaya)

Kalau tak kahwin, mungkin Allah nak bagi pahala jaga orang tua.

Kalau tak pandai, tak dapat sambung belajar tinggi-tinggi, mungkin kau ada kemahiran yang orang lain tak ada


Dan sebalik kebaikan yang kita pandang sebagai kelebihan kita tu, hati-hati juga sebab disebaliknya pasti ada keburukan yang mengiringi.

Kalau cantik, kau kena tahan diri daripada menonjolkan kecantikan tu di mata umum

Kalau kaya, lagi banyak tanggungjawab kau kena buat pada masyarakat.

Kalau perfectionist sangat pun, lama-lama kepala sendiri yang pening sebab tak semua benda boleh berjalan mengikut apa yang kita nak. Buku kena susun cara ni, senduk nasi kena cara ni, sidai baju kena cara ni (ni pemerhatian aku sendiri) Alahai, banyaknya aturan yang akhirnya menyusahkan lagi-lagi bila tengok orang lain tak boleh ikut cara kita. Warna tudung lari sikit pun boleh jadi isu besar. Serius rimas.

Yang paling penting, bersyukur dengan apa yang Allah dah kurniakan pada kita. Kalau diberi keburukan jangan mengeluh, di sebaliknya mesti ada kebaikan. Dan kalau diberi kebaikan, berpada-padalah. Mungkin ia ujian.

p/s: Aku bersyukur juga sebab setakat ni di sebalik pelupa, tak ada perkara buruk yang betul-betul buruk jadi. Setakat hilang barang tu ok je. Dah bukan rezki. 
Dan aku bersyukur juga sebab ia menguatkan lagi fact yang aku anak abah aku. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan. Senyum.

update: 12 Ogos, aku tertinggal handbag kat sekolah..handbag yang dalamnya ada purse, kat atm, ic n phone. Thank God datang esok elok je beg tu ada bawah meja




















Thursday 30 July 2015

We will end up alone




Rumah terbuka Aidilfitri....
Terima kasih 'my jiran' jemput aku,
Terima kasih layan aku yang datang sorang-sorang, supaya aku tak kekok berada di tengah-tengah tetamu yang asing. Yang datang dengan family masing-masing. Yang dah saling mengenali antara satu sama lain. Kecek Klate dengan Ganu yang aku tak berapa nak pehe.
Aku pun faham, ramai orang. Tak kan nak layan aku je
So aku duduk bersila sorang-sorang.
Makan senyap-senyap dalam keriuhan.
Terima kasih hidang macam-macam makanan sedap-sedap
Minta maaf, aku cuma mampu jamah sikit untuk sedapkan hati tuan rumah
Tahun depan jangan lupa jemput aku lagi
InsyaAllah aku akan datang
Dengan sekeping hati yang lebih cekal
Tanpa rasa pathetic
Atau terkilan
Jauh sekali persoalkan takdir Tuhan