Friday 10 June 2016

Telekung Lycra, Telekung Putih Nipis

Ingat nak stop menulis bulan puasa ni tapi kejadian kat masjid tadi buat saya rasa nak menulis juga. Mungkin ada manfaat untuk yang lain.

Masuk ke dalam masjid, saya terus ke bahagian perempuan. Sebab bahagian belakang dah penuh, jadi saya bergerak ke depan. Dari belakang saya dengar sorang makcik ni cakap dengan kuat. Memang kuat macam nak bagi tahu semua orang kat situ.

"telekung ni boleh la, kain licin. Yang tak boleh telekung lycra macam tu"

Saya tahu dia tunjuk pada saya sebab dia siap sebut warna lagi.

Kesuntukan masa buat saya tak sempat nak tegur makcik tu. Tapi saya cam muka dia. InsyaAllah kalau berjumpa lagi dan ada kesempatan, saya memang nak sangat suai kenal dengan beliau.

Saya rasa salah satu sebab benda ni jadi adalah kerana keghairahan orang share sesuatu gambar di media sosial tanpa selidik terlebih dahulu kesahihannya. Asal rasa masuk dek akal, terus share (soal hukum bukan pakai logik tak logik semata2) Bila dah share, mulalah tersebar dari mulut ke mulut tanpa kita tahu pun kredibiliti penulisnya.

Satu gambar yang saya pernah tengok adalah gambar perempuan pakai telekung lycra yang dikatakan membentuk badan. Dan solatnya dikatakan tak sah.

Gambar kedua, gambar perempuan pakai telekung ikat tali ke belakang. Dan tali tu diletak bawah sanggul, jadi nampak terbonjol. Pun terus dilabel tak sah, siap ada warning suruh hati-hati jangan pakai macam ni.

Dan selalu kita dengar kan ayat ni, "checklist nak tahu pakaian kita menutup aurat sempurna atau tak, tengok sama ada pakaian kita tu boleh bawa solat atau tak." Ayat ni dalam betul, masih ada yang tak betulnya.

Saya bukanlah peminat tegar telekung lycra, bukan juga orang yang suka pakai telekung nampak bonggol bagai. Tapi saya tak suka dengan mentaliti yang semudah2nya menghukum tak sah solat seseorang tu.

Masa sibuk isu telekung lycra dulu, saya tak ada pun telekung lycra. Tapi saya tetap rujuk beberapa sumber supaya saya tak salah nak menghukum orang lain (mungkin bukan lisan tapi di hati). 

Untuk yang belum jelas, boleh tengok penerangam video di bawah oleh ustaz Esa Deraman. Saya rasa penerangan beliau paling jelas dan lengkap. Untuk yang nak jimat data, meh saya conclude sikit apa isi kandungannya, campur2 sikit penerangan yang saya dengar dari UIA.

- Pakaian untuk solat dan pakaian yang dipakai depan lelaki bukan mahram berbeza. Pakaian di depan lelaki bukan mahram mesti longgar dan tak jarang. Pakaian untuk solat pula mesti tak jarang hingga nampak warna kulit. Nampak bayang (tak nampak warna kulit) dan ketat masih sah, tapi makhruh.

-Dikatakan kalau dah tak ada sangat pakaian menutup aurat, boleh lumur lumpur kat badan tebal-tebal. Tetap sah solat tu kalau dah tak nampak warna kulit

- Nak solat tak semestinya kena bertelekung putih. Pakailah warna apa pun. Tak pakai telekung pun tetap sah kalau dah tutup aurat.

- Kepala dan bahu adalah dua anggota yang dimaafkan untuk nampak bentuk tubuh.  Tak payah pakai kadbod kat kepala nak bagi nampak kepala tak bulat (kata UIA)

Orang kita concern sangat dengan telekung lycra, tapi mungkin ramai terlepas pandang dengan telekung putih yang jarang hingga nampak warna kulit.

Telekung putih saya di rumah saya jahit lapik dalam untuk bagi tebal. Untuk ke masjid, saya dah berlengan panjang di dalam, jadi kalau pakai telekung dua lapis tu jadi panas. Sebab tu saya pakai telekung lycra.

Telekung lycra ni saya beli kerana ia tak jarang, labuh, besar dan kainnya tebal. Untuk saya yang beratnya 40something, dengan bulan puasa badan rasa makin kering, saya tak nampak mana seksinya saya pakai telekung ni. Lagi saya solat di tempat tertutup. Saya parking di tempat dekat dengan pintu masuk perempuan.

Dan untuk yang persoal, perempuan solat di masjid mengundang fitnah, bagi saya (totally pandangan saya yang bukan ustazah pun. You are welcome to disagree) fitnah tu boleh diminima dengan pembawaan diri, pakaian, kurangkan wangian ketika ke masjid.

Soalan saya, mana yang mengundang fitnah lebih besar, perempuan yang pakai pakaian tutup aurat, tanpa wangian menyengat, berjalan sangat minimum sebelum masuk ke tempat solat perempuan yang tertutup tanpa mata sibuk menjeling sini sana, atau perempuan yang jalan2 ke mall window shopping barang raya pada masa yang sama? Kalau anda tak pertikai perempuan dalam situasi kedua, kenapa nak dipertikai perempuan dalam situasi pertama?

Adil lah dalam menilai...

[https://m.youtube.com/watch?v=o4OCjl39lz0&itct=CBAQpDAYBiITCMbLkaiJns0CFZAoaAod9ZwChTIGcmVsbWZ1SPL2jIn18q6FWA%3D%3D] is good,have a look at it!

Wednesday 8 June 2016

Turn To The One Who Create You

Lately aku suka lepak kat IIUM Confession. Banyak benda yang aku dapat belajar dr situ. Banyak penulisan positif, dan byk juga aku dpt kenal masalah2 manusia dalam tu. Ni salah satu yg aku tulis utk sorang confessor yg kata nak bunuh diri sebab putus tunang dan parentnya nak cerai.

Nak reply gak utk sis yg kata nak bunuh diri tu even macam dah lambat. Tp hope sempat. Hope dia blm buat benda bodoh tu. Tak kot. Bulan puasa kan syaitan kena ikat haha. Ok hambar.

Ok la just nak cerita pengalaman sendri. Aku pernah putus tunang lg 3 bln nak nikah. Serius masa tu mmg aku rs kosong sgt. So cara aku buat utk isi rasa kosong dlm diri aku ni adalah...

1. Aku tgk wayang. Masa tu aku tgk Nur Kasih The Movie. Aku expect cerita ni sedih giler, so aku boleh nangis sakan dlm wayang sorang2, gelap2. Konon bila nangis boleh release sikit rasa kat dada ni. Tp rupanya tak sedih mana pun. Byk sgt tragedi smpai terasa mcm penonton dipaksa utk bersedih. So aku kecewa.

2. Aku plan vacation. Dulu buka je laptop, aku mesti nak search psl wedding. Nak DIY la, nak tema camni, nak kaler mcm tu. So ni kira distraction la. Instead of aku taip search psl kawen, skrg aku search psl vacation lak. Byk gak benda kena fikir so otak aku busy sikit. Tp lps vacation tu habis aku rasa kosong balik.

3. Jalan2 ngn member. Mmg masa jln2 tu best, tapi lps tu aku sorang2 balik. Aku mmg tak boleh shopping masa tu. Tgk baju, kasut, bunga, cadar. Semua akan mengingatkan aku pd wedding tak jadi aku tu.

4. Cerita masalah kat member. Tak kira mcm mana aku cerita pun, tetap aku rasa diorang tak btl2 faham apa aku rs. Blm lagi yang bagi nasihat annoying giler tu.

Then lama2 aku mula faham. Benda yg kekal boleh isikan hati aku yg sakit, yg kosong ni bukan ada pada dunia, pada kawan, pada family. As clich as it sound, but it true, the best remedy is to turn to Allah. Itu je sbnrnya yg kekal blh penuhkan hati kita. Yg akan sembuhkan sakit kita.

Masa tu la aku mula rasa solat aku bermakna. Aku maksudkan setiap lafaz yg dulu aku main sebut je tiap kali solat. Doa aku lebih rasa. Mengadu pada Dia sbb hanya Dia yg faham. Betul2 faham. Bergantung sepenuhnya pd Dia. Baiki amalan kita, cari ilmu, kenal Dia dgn lbh mendalam.

Analogi nya bila kita ada satu alat yg sgt2 kompleks dan canggih. Ada satu je benda tu kat dunia. Bila benda tu rosak, adakah kita cuba baiki sendiri alat tu? Atau siapa kita nak tuju? Mesti la pada pencipta alat tu. Sebab dia yg cipta, so dia tahu la nak baiki cara mana. Macam tu juga manusia. Bila kita heart broken, turn to The One who create us. Allah.

Aku pernah dgr ceramah Yasmin Mogahed, kita selalu gagal bila ditimpa ujian sbb kita letakkan pergantungn pd tmpt yg slh. Kita bergantung pd org, kita begantung pd diri sndri dgn rasa 'aku kuat. Aku blh handle semua ni'. Tak. Kita lemah sbnrnya. So adukan segala kelemahan kita pada yg Maha Kuat. Dia yg akan bagi kekuatan tu nanti, tak kira besar mana masalah yg kita hadapi.

Last, stay strong sis. Macam mana akhirnya saya nampak semua yg jadi ni ada hikmah yg sgt2 besar, saya yakin one day sis pun akan nampak macam tu juga. Yakinlah, kita org Islam, kita ada kekuatan. Kekuatan kita adalah Allah. As long as we have Allah, we have everything.

Keajaiban doa mak

Masa zaman belajar dulu, aku selalu je telefon mak aku minta doa time nak exam. Tapi bila dah habis belajar ni, memang tak pernah la aku minta doa kecuali...bila aku sertai satu pertandingan ICT baru2 ni.

Aku masuk tu sebenarnya main tangkap muat je sebab nak cukupkan kuota satu daerah kena hantar 2 peserta. Kawan aku yg suggest nama aku. Kawan aku ni memang pandai ICT, konfiden masa present. Aku lak since dah kerja ni mmg skill presentation aku dah berkarat. Dgn laptop pun tak dak (rosak)

Esoknya nak present, hari ni aku mmg dah give up, tak nak masuk. Tapi kawan aku ni dok push gak, suruh masuk at least utk sijil. Dia dah buat 3 program, so dia suruh aku ambil satu tuk present. Aku tak nak la ambil hasil usaha org then buat macam harta sendri. So, petang tu gak aku pinjam laptop kwn aku yg lain, aku install satu software ni, baca tutorial nak guna mcm mana (sblm ni aku mmg tak prnh guna) then aku buat program aku sndri smpai pukul 4 pg.

Pagi tu dah nervous sgt, dgn program aku tak complete, aku telefon mak aku minta dia doakan. Malu gak sbnrnya sbb dah lama tak buat camtu. Masa present siap aku cerita aku baru buat benda tu smpai kul 4 pg tadi. Then aku dpt nombor 3. Dlm hati lega gak sbb nombor 1 dan 2 kena wakil negeri. Aku malas nak complete kan program tu. Pening sbb byk kena explore lagi. So aku terlepas la.

Tp rupanya aku kena pergi gak sbb yg nombor 2 tu tak dpt pergi. Pendekkan cerita aku dapat nombor 2 peringkat kebangsaan. Instead of aku pakai laptop adik aku yg ngengong, betri pun kong dan aku baru buat power point beberapa minit sblm present, tapi aku tahu doa mak aku mengiringi aku. Aku sempat call mak aku sblm present minta doa. Mak aku dgn confident ckp "ada rezki tu". Betul, masin mulut dia.

Tu je la cerita aku. Walaupun hubungan aku dgn mak aku ni ada up n down (biasa la jurang generasi) tapi skrg aku cuba fikir positif je. Mak aku ni byk sgt yg tak bolehnya. Naik gunung tak boleh, travel ngn kwn2 pempuan tak blh. Aku byk jln mana2 ngn family je tp sesekali aku nak gak jalan dgn member.  Instead of that, aku tahu mak aku lah org yg plg syg aku. Org yg akan paling risau bila apa2 jadi kat aku. Lagipun apa yg mak aku tak bagi tu benda dunia je. Redha mak aku yg lbh penting drpd benda2 dunia tu (psiko diri)

Lagi satu keburukan aku, mulut aku ni jenis menjawab gak. Kurang sabar. Tapi aku cuba slow down, cuba kontrol. Aku cuba fikir, kalau bos atau pensyarah kita marah, membebel atau bg arahan berjela2 kita boleh tahan diri dr menjawab, kenapa dgn mak/ayah tak boleh mcm tu. Padahal darjat diorang lg tggi dr bos atau lecture tu. Bos cuma pgg gaji kita, lecture pegang markah kita, tapi mak kita penentu syurga neraka kita. So chill je la (tgh psiko diri juga sbrnya)

Dan pada bro n sis lain yg ada masalah dgn parent tu, bertabah je la. Dlm dunia ni kita cuma ada satu mak satu ayah. Kalau salah sorg tu pergi (esp mak) kita akan kehilangan sesuatu yang sgt berharga. Sesuatu yg tak ternilai dgn wang ringgit iaitu 'keajaiban doa seorang mak'. So manfaatkan lah sementara ada.

Thursday 12 May 2016

Dear Job Hopper and Job Seeker

Lepas grad, beberapa bulan juga aku naik turun tangga, pergi satu interview ke satu interview untuk cari kerja. Masa ni walaupun aku ada lesen, tapi aku tak berani bawa kereta. So sana sini harap bapak aku je la sampai pernah bocor tayar masa bawa aku pergi interview. Waktu tu kerja dengan kelulusan SPM pun aku try. Aku dah tak kisah pasal gaji ke apa, asal dapat ambil pengalaman dan tak menganggur.

Kerja pertama aku dapat kat satu call center bank. Dan aku quit pada hari pertama aku kerja. Sebabnya pada hari tu juga aku dapat call, job offer kat KL yang 5 jam dari rumah aku. Walaupun gaji kat call center tu lebih tinggi, dekat pula dengan rumah, tapi yang makin menguatkan aku untuk berhenti ialah bila hari pertama orientasi tu, kami diberi rehat dari pukul 12-1 tengah hari. Ok, so kat celah mana aku nak Zohor? Dalam batch aku tu 2 orang je melayu Islam. Yang sorang lagi tu macam tak kisah je pasal masa rehat tu. So masa rehat tu iuga aku bagi tahu yang aku dah dapat offer lain dan aku quit.

Kerja kedua aku dalam bidang retail industry kat satu pharmacy store yang banyak cawangan kat malaysia ni. Dua sebab utama aku terima kerja ni, pertama sebab kerja ni memang bidang aku (nutritionist) dan kedua sebab ramai kawan-kawan aku yang dapat kerja ni juga. Kami ditempatkan di kedai-kedai yang berbeza tetapi dalam beberapa kali sebulan kami akan dipanggil ke HQ untuk training. Dan masa training tu je la masa yang aku happy dalam kerja aku ni. Masa lain. Mmmm.

First sebab aku dapat store manager yang sangat-sangat hell. Ke'bitch'an dia tu sampai terkenal kat store-store lain pun. Dia belum kahwin, umur hampir 40. Pernah dia kena serang dengan bini orang kat store, katanya sebab dia kawan dengan laki orang. Tapi sebab performance kerja dia ok, so dia still stay. Tapi dari segi perhubungan dia dengan pekerja-pekerja memang fail. Kalau dia marah, depan-depan customer pun dia boleh menengking nengking. Kalau dalam bilik office pun orang luar tetap boleh dengar suara dia. Senang kata bila dia marah, memang dia buat macam orang tu tak ada maruah. Semua akak-akak kat store tu ada pengalaman pahit dengan dia. Ada yang sampai menangis dibuatnya.

Aku sebagai pekerja baru lagi la memang banyak silap. Pernah ada sorang customer tanya pasal satu barang. Aku cari kat shelf barang tu tak ada so aku cakap la barang out of stock. Rupanya dia curi dengar. Dan barang tu rupanya ada kat gondola (shelf utama yang biasanya untuk barang promosi). Memang kaw-kaw la aku kena sebab tak check dulu dalam sistem sama ada barang tu ada ke tak.

"You ingat you hebat sangat ke sampai tak perlu check dalam komputer barang ada ke tak? Call yourself a nutritionist, tapi orang macam you, I boleh kutip berlambak tepi jalan." Dia marah dalam english, dengan pitch yang paling tinggi.

Tapi yang kelakar, dia pun sebenarnya pandai cakap je. Ada satu kali customer tanya dia pasal satu barang, dia kata out of stock. Barang tu memang tengah hot masa tu dan selalu out of stock. Tapi aku tahu hari tu barang tu ada sampai. Aku yang masa tu ada kat sebelah dia terus cakap "actually we have a stock" dan terus jalan tunjuk pada customer barang tu kat mana. Ikut hati nak je aku balas apa dia buat kat aku dulu.

"Call yourself a store manager, tapi barang ada stock pun you tak tahu. Store manager like you I can kutip anytime tepi longkang." Aku nak cakap on my top of my voice gak. Tapi dalam hati je la haha.

Pernah juga aku kena maki kaw-kaw sebab ada sorang customer minta nombor telefon cawangan-cawangan kedai lain sebab dia nak cari satu barang ni. Aku ni kan gullible terus je la nak bagi. Masa aku baru nak cabut benda tu kat dinding, nak fotostat, dia nampak. Apa lagi, meletup macam orang gila la. Dia kata benda tu private, macam aku ni tak ada otak nak fikir pasal tu. Tapi yang kelakar next month punya booklet, ada je terpampang nombor telefon semua store are KL kat belakang booklet. So siapa yang bodoh sekarang? Konon benda tu private padahal HQ selamba je keluarkan benda tu terang-terang untuk customer.
   
Office kitorang ni kecil. Tak tahu la layak ke panggil office sebab kat situ juga la stor, locker dan tempat pekerja nak rehat sekejap sebab kat luar tu memang tak dapat la nak duduk. So memang compact la. Pernah aku nak ambil satu barang dan store manager aku ni duduk situ ngadap komputer. Aku punya la hati-hati ambil barang tu tak nak kacau kosentrasi dia konon. Tapi bila aku terkena dia sikit je, dia punya naik hantu macam apa.

"Can you say excuse me rather than squeeze me like that. I'm not your mother to teach you this simple thing!" again dia cakap dengan nada yang paling tinggi macam aku dah squeeze anjing dia sampai mati je.

Bayangkan cuma salah yang tu je. Lagi la benda-benda lain. Tu yang setiap kali nak sampai kedai, nampak je signboard kedai tu dari jauh, urat perut aku dah memulas2 macam apa. Otak dok fikir, apa lagi aku nak kena hadap hari ni.

Aku ni jenis kalau baru kenal orang berat mulut sikit. Bayangkan hari pertama kerja bila sampai waktu rehat semua orang terus berdesup keluar rehat tinggal aku terkontang kanting sendiri. Store aku tu dalam sebuah mall yang top juga la kat KL ni. Tempat makan memang banyak tapi mahal la kan. Aku pun tak tahu tempat makan yang murah untuk pekerja masa tu. Pernah aku beli roti, makan sorang-sorang bawah tangga. Makan main suap-suap je padahal tak tertelan pun sebab rasa pathetic sangat. Masa-masa lain aku rehat just pergi solat je.

Dan aku pun ada masalah dengan cashier aku. Kira orang bawah aku la. Masing-masing dah lama kerja so berlagak tu agak la dengan orang baru macam aku ni yang tak tahu apa-apa. Selamba je depan-depan aku diorang cakap bila sorang exec tu suruh aku handle diorang tukar shif cashier, "budak baru tu tahu ke?"
Ok, aku ada kat depan ni kot. Dan bahasa diorang ni agak kasar, laser dan sedikit lucah. Untuk aku yang tak terdedah dengan surrounding macam ni agak shock juga la.

Exec yang lain ada yang ok, ada yang agak karek juga. Tapi tu la, kerja retail ni penat sangat kot, kena berdiri most of the time sampai bila time rehat diorang dah tak kuasa nak berbasa basi nak ajak aku sebagai orang baru rehat sama. Makan minggu gak kot sebelum aku join diorang makan sama. Dan dari awal-awal aku just jadi pendengar cerita diorang, lama-lama aku dah boleh join juga. Boleh buat joke, boleh gelak sama-sama. Boleh layan la tahap kelaseran mulut masing-masing tu.

Orang pernah bagi tahu yang aku jenis senang adapt dengan mana-mana geng. Masuk geng alim boleh, geng huhahuha boleh. Tapi aku tahu yang aku kena take time juga bukan boleh redah macam tu je. Hari last kerja aku tak join diorang makan (ada member datang visit hari tu). Cashier yang paling aku tak boleh blah dulu tanya "kau makan kat mana? Aku dah siap-siap copkan tempat kau tadi." Haha, bila ingat hari aku kena makan bawah tangga, agak terharu gak la dengar.

Masalah paling utama sepanjang aku kerja sini adalah solat. Dalam store aku banyak je yang namanya Islam, tapi macam aku sorang je yang solat secara tetap (aku pernah juga jumpa seorang dua exec solat tapi dalam sekali dua je kot. Cashier memang tak pernah) Susah nak cakap yang aku tak perasan diorang keluar solat sebab store aku ni tak besar mana. Waktu macam maghrib tu pula bukan lama mana. Mungkin la diorang period, tapi kalau dah pregnant tu period apa namanya. Period pun tak kan sepanjang bulan kan. Waktu rehat, aku orang yang pertama akan bangun dari meja sebab nak pergi solat. Dan aku perasan agak lama lepas tu baru ada sorang kakak ni ikut.

Sebab masa tu aku naif, dan aku rasa tak ada orang lain dalam store tu yang solat, so aku nak minta keluar pergi solat pun segan. Takut orang ingat aku nak tunjuk baik. So apa aku buat, aku cakap aku nak pergi toilet (setiap kali nak keluar kedai kena minta izin exec lain dan kena check badan) Sebab toilet dan surau arah bertentangan, aku konon jalan ke arah toilet dulu Lepas tu aku naik tangga ke atas dan aku turun semula ke bawah pergi surau. Aku memang jalan laju gila. Naik tangga hampir berlari sebab takut orang syak kenapa pergi toilet lama sangat. Bayangkan macam tu punya susah nak solat.

Waktu kedai paling pack adalah waktu maghrib. Waktu tu nak keluar solat paling susah sebab masa tu la si store manager ni dok asyik cari aku. Dan beberapa kali juga aku burn solat. Mungkin sebab tak berkat tu kot duit gaji aku setiap bulan asyik habis je walau rasanya aku tak beli apa pun. Bila jadi cashier kejap pun, bila ramai sangat orang asyik short duit dan kena ganti. Haha.

Lama-lama aku cakap je aku nak gi solat, dah tak sorok-sorok lagi. Mula-mula diorang macam terkejut juga (tapi cover la), ada yang macam tersipu malu bila aku kata nak solat. Dengan store manager aku yang bukan Islam pun aku cakap je nak solat. Alhamdulillah dia ok je.

Lepas tiga bulan hadap macam-macam benda, akhirnya aku quit juga walaupun aku belum dapat mana-mana job offer masa tu. Aku dalam training di mana sebenarnya aku tak boleh berhenti, ada kontrak. Kalau dah sebulan kerja aku berhenti, kena bayar 3 ribu. Dah tiga bulan bayangkan la. sembilan ribu aku kena bayar. Tapi aku fikir makin lama aku tunggu lagi makin banyak aku kena bayar sedangkan kerja ni bukan minat aku (at last aku buat bodoh je tak bayar satu sen pun walau surat datang rumah. Lama-lama senyap je). Nama je nutritionist, tapi sebenarnya lebih kepada management trainee. Training berkala tu pun bukan apa, training prouduk-produk yang diorang jual dalam store je supaya aku ada knowledge untuk jual barang.

Lagipun aku fikir keselamatan aku juga. Perempuan, balik malam-malam kena lalu kawasan sunyi nak sampai rumah. Kadang-kadang bila kena shif malam hujung minggu, aku selalu tertinggal last komuter. Terpaksa naik train ke KL Sentral sebelum naik ERL yang memang 24 jam. Lagi pula dengan letih kerja, banyak berdiri, cuti cuma seminggu sekali bukan hujung minggu. Masalah biasa bila kerja shif. No big deal masa tu sebab aku muda lagi, masih bujang . Tapi aku terfikir sampai ke tua ke aku nak kerja macam ni? Tak kot.

Alhamdulillah tak lama lepas berhenti aku dapat kerja lain. Kontrak guru ganti 3 bulan (ganti guru yang sakit kanser) sebelum akhirnya aku sambung belajar dan dapat kerja aku sekarang. Kerja gomen.

Alhamdulillah, sekarang aku nampak banyak hikmahnya kenapa Allah bagi aku kerja yang sangat tough suatu ketika dulu. Kerja yang buat aku menangis, stres gila. Sekarang ni walau macam mana susah pun kerja aku, aku ok je sebab aku pernah rasa kerja yang lagi susah. Susah macam mana pun, at least bukan kerja shif yang kena balik malam-malam. Bukan kerja yang aku kena berdiri 24 jam. Dalam seminggu aku boleh bercuti hujung minggu 2 hari. Tak ada perempuan gila yang asyik nak menjerit kat telinga aku. Setakat kena tegur sikit-sikit tu tak jadi kudis pun untuk aku. Kadang-kadang aku tengok kawan-kawan aku ada masalah sikit dah sebut nak tukar tempat kerja la, nak berhenti la. Kadang-kadang bila diorang tengah sibuk merungut, tengok aku rilek je diorang tanya gak, kenapa aku nampak ok je. Aku  cakap sebab aku dah rasa kerja yang beribu-ribu kali lebih teruk. So semua ni aku rasa tak se'disaster' mana.

Pesanan aku kat adik-adik yang bakal graduate dan yang sedang mencari kerja sekarang ni, jangan pilih-pilih kerja sangat. Kerja je apa-apa pun, tak kira gaji atau kelulusan, asalkan halal. Yang penting tak menganggur dan tak duduk saja tak buat-apa. Lama sangat menganggur akan beri kesan pada psikologi diri korang dan majikan yang nak ambil korang tu nanti. Kesian mak abah korang dah tanggung korang dari kecik. Kerja gaji ciput pun takpe asal dapat lepas diri sendiri. Tapi jangan putus asa untuk terus cari kerja lain yang lebih baik atau dapatkan peningkatan dalam kerja tu. Siapa yang rasa ada minat berniaga, mulakan dari sekecil-kecil benda pun boleh. Search la sendiri sebab aku tak pandai bab ni.

Kerja apa pun akan ada cabaran yang tersendiri. Bila ada masalah sikit (masa tu memang kita akan rasa masalah kita tu besar gila), jangan biasakan diri lari dari masalah dengan quit terus. Sabar dan terus bertahan. Baru kita tahu sebenarnya kita lebih tabah daripada apa yang kita bayangkan. Anggap semua tu warna-warna kehidupan. Bayangkan kalau semuanya sewarna je. Semuanya gembira je. Tak berseri la hidup kan. Pegang dalam hati, what doesn't kill you make you stronger. And it do make me stronger now. Senyum, syukur sangat.

Bila kita dah jadi orang lama kat sesuatu tempat kerja, tak payah la nak tunjuk kerek kat orang-orang baru. Kalau jadi ketua, tak salah bertoleransi dengan anak buah. Cuba tengok arahan tentang solat. Mana ada terus-terus kena pukul kalau tak solat kan. Allah bagi masa dari umur 7-9 tahun untuk kita slow-slow belajar dan biasakan diri. So siapa kita nak jadi konon-konon lebih superior dari Tuhan.  Salah sikit nak herdik, salah sikit nak hukum. Mudahkan urusan orang, insyaAllah Allah mudahkan urusan kita.

Kalau berada dalam persekiraran yang tak solat friendly, jangan malu nak ngaku pergi solat macam aku dulu. Walaupun kita akan jadi pelik dan terasing di mata orang, pedulilah. Yang penting pandangan Allah. Mana tahu dengan kita pergi solat akan buka hati orang lain untuk ikut sama. Nanti lama-lama kita ajaklah juga orang sekeliling solat sama. Tunjukkan pada orang bukan Islam, kita pergi solat bukan nak mengular. Tunjukkan  prestasi kita tak terjejas pun dengan pergi solat tu. Kan tu dakwah juga.

Dan sikit pesanan aku. Mmmm. I don't know how to put it into word. Tapi macam ni la. Pasal kerja pertama aku dulu, kerja bank. Sebenarnya aku bersyukur aku cepat quit kerja tu. Sebab kerja aku masa tu adalah call center yang entertain customer dari seberang tambak Johor. So sah-sah la bukan Islamic Bank kan (masa tu aku tak aware pun pasal ni). Jangan pandang kecil pasal riba, tak kira sama ada kita bekerja, buat simpanan atau ambil produk-produk lain kat situ. Jangan semudah-mudahnya guna alasan darurat lagi-lagi untuk fresh graduate yang masih belum ada tanggungan.

Kalau yang dah lama kerja dan menanggung family tu korang boleh la baca tentang rukhsah kat situ. Bukan kerja bank je, tapi kerja apa-apa sekalipun yang melibatkan benda-benda yang syubhah ni (perhotelan, kedai retail yang ada jual arak). Aku tak menghukum korang yang dah kerja kat tempat-tempat yang macam tu (macam aku cakap, ada rukhsah yang boleh diambil), cuma saranan aku untuk yang belum lagi bekerja dan belum ada tanggungan, jangan semudah-mudah ambil hukum darurat walau awal-awal tadi aku cakap jangan memilih kerja haha. Ingat yang penting bukan banyak mana gaji yang kita dapat, tapi seberapa berkat gaji yang kita terima. Itu yang akan menentukan cukup atau tak gaji yang kita terima tu.

Akhir sekali, walaupun kita kerja tu untuk diri kita, keluarga dan untuk khidmat pada manusia lain, tapi niatkan kerana Allah. Baru kerja tu akan jadi ibadah.  Semoga kita sama-sama dalam rahmatNya. 

Saturday 7 May 2016

Nak jadi baik jangan baik sorang-sorang‬

Tengok kuliah Habib Ali Zaenal Abidin tadi tentang kewajiban mencegah kemungkaran depan mata, teringat pula zaman2 belajar di ASBJB dulu.

Biasanya bila belah malam hujung minggu ada apa-apa event, macam malam talentime, pertandingan nasyid atau sambutan2 lain, kami diberi makanan istimewa lepas tu. Kadang-kadang ada sate, menu western.. apa-apa lah. Dan biasanya malam tu kami pakat-pakat tidur lambat. Excited tak habis, satu. Esok cuti, dua. Lagipun baru lepas makan banyak macam ular sawa, energy tengah banyak kata orang. Tak sedap lak nak baring masa makanan pun tak turun ke perut lagi.

Dan memang selalu jadi, esoknya ramai yang akan terlajak subuh. Satu masa tu aku termasuk la salah sorang yang terlajak subuh pagi tu. Serius, memang tak terbangun langsung.

Pagi tu lepas sarapan, warden En Hassan Basri Yon panggil budak2 perempuan turun ke court bawah. Siapa yang tak solat subuh pagi tadi, disuruh keluar ke depan. Beberapa orang yang lain macam confuse juga sebab tak disebut yang tak solat sebab period tu camne. Arahannya cuma siapa tak solat, keluar. Titik. Tak ada penerangan lain.

Dengan hati berdebar2 tengok rotan panjang kat tangan warden, tangan dah dikepal erat-erat sebab sat lagi nak menerima habuan, aku keluar ke depan, serah diri siap-siap. Tapi dengan tak disangka-sangka, yang kena tadah tangan untuk dirotan bukan orang yang keluar ke depan macam yang semua orang sangka, tapi orang2 yang mengaku solat pagi tadi. Serius aku confuse.

Ingat lagi kawan aku lepas tu nangis-nangis merungut kat aku, tak adil dia kena rotan padahal dia solat. Sorang lagi pun tak puas hati sebab dia yang tak solat sebab uzur pun kena rotan juga. Aku diam je la sebab aku pun tak faham.

Tapi lama2 bila dah besar sikit baru aku faham.

Merujuk kepada cerita Habib Ali tadi, ada satu kaum yang Allah titahkan pada malaikat untuk turunkan bencana pada mereka sebab banyak sangat maksiat dalam kaum tu. Lepas tu malaikat tanya, 

"Dalam kaum tu, ada orang yang solat dan beribadah. Nak kena bencana gak ke?"
Allah balas "turunkan bencana ni lebih dulu pada orang yang solat dan beribadah tu. Sebab dia mampu untuk cegah kemungkaran, tapi dia tak buat"


Balik pada cerita tadi, sebab tu yang kena rotan adalah orang yang solat subuh pagi tadi.
Pertama sebab dia dah bangun, dia tak kejut kawan lain bangun sama. Setakat lepas diri sendiri solat sorang dah.

Kedua..yang uzur memang tak solat kan. Kalau dia tak keluar (mengaku solat), maknanya dia tipu. Dan dia dirotan sebab menipu.

Ketiga. Ada juga dalam kalangan yang mengaku solat tu sebenarnya tak solat juga. Dia dirotan sebab dah la tak solat, menipu pula tu.

Dan terakhir, kami yang selamat dirotan ni bukan sebab tak solat tu bagus, tapi sebab bila kami dah buat salah, kami berani mengaku kesilapan kami.

Deep sangat kan warden kami ni. Rindu pula saat2 di ASBJB suatu ketika dulu. mmmmm

Thursday 17 March 2016

Coretan Untuk Jiwa-Jiwa Yang Diuji

Kasihnya Allah pada hambaNya di dunia ni, Allah cipta mekanisme2 tertentu untuk manusia menangani kesakitan di dunia ni tak kiralah sakit pada jasad atau pada hati.

Sakit di dunia, terlebih rasa sakit manusia akan pengsan. Terlalu sangat sakit akan mati.
Terbakar kulit di dunia kalau dah teruk sangat hingga sampai ke saraf (biasanya third degree burn) manusia dah tak akan rasa sakit lagi kerana reseptor sakit yang menghantar maklumat ke otak dah musnah.


Apapun kesukaran yang kita hadapi di dunia, Allah jadikan masa sebagai penawar ajaib. Dengan masa Allah install rasa lali. Akhirnya sakit yang kita sedang hadapi tu akan beransur pergi. Alah bisa tegal biasa kata orang.

Allah jadikan manusia itu pelupa. Ya, dengan penawar masa juga, apa juga sakit yang pernah kita hadapi akan beransur pulih dengan sendirinya. Memori tentangnya kelam ditelan masa.

Pernah ke orang menangis bersungguh-sungguh hanya dengan hakikat yang bapanya telah meninggal 10 tahun lepas? Tak. Cuma memori yang sesekali datang mencuit rasa.

Mungkin kita pernah dikecewakan, ditinggalkan atau kehilangan seseorang hingga kita merasa tak akan mampu hidup tanpa dia. Namun seiring masa, rasa itu kian dilupakan hingga akhirnya kita akan mampu tersenyum melihat kebahagiaan dia bersama orang lain.
Dan lebih ajaib lagi bagi orang mukmin, dengan sabar dan redha, rasa sakit itu akan reda. Dengan keimanan yang tinggi, ujian yang pahit akan terasa manis kerana menyedari itu tanda kasih yang Maha Esa.


Itu sakit di dunia. Dalam surah Al-fatihah, selepas ayat 'yang Maha Pengasih dan Penyayang, ada pula ayat 'yang menguasai hari pembalasan.' Selepas pengasih dan penyayangnya Allah pada kita di dunia ini, kita akan berhadapan pula dengan keadilan Nya di sana.
Jika kita tergolong dalam ahli syurga, maka berbahagialah kita.
Namun jika kita tergolong dalam ahli neraka, celakalah kita.

Di dalam neraka nanti, sakit macam mana pun, tak akan pengsan. Minta nak mati pun tak akan mati.
Dalam neraka nanti, terbakar macam mana pun kulit kita, Allah akan ganti kulit yang baru untuk kita rasa sakit lagi dan lagi.

Dalam neraka nanti, tak kira betapa lama pun kita disiksa dan walau kita cuba bersabar pun, rasa sakitnya tak akan pernah berkurang. Tak akan pernah lali.

Dalam neraka nanti, seksaan terus menerus tanpa rehat, berbanding hidup di dunia dulu yang pahit manis silih berganti.

Jadi, apalah sangat sakit di dunia berbanding sakit di sana sekiranya kita gagal dalam menghadapi ujian Nya di dunia ini. Ujian nikmat juga ujian musibah.

Nota untuk diri. Sampaikan walau satu ayat.

Saturday 5 March 2016

Ain Sudah Dalam Jagaan Tuhan

Ain: Cikgu suka shin chan ke doraemon
Cikgu:Shin chan
Ain: Ain suka jejak rasul
Cikgu: Ain doakan cikgu
Ain: Ya Allah ya Tuhan ku semoga cikgu Zee dapat suami yang soleh
Cikgu: Lagi?
Ain: Ya Allah ya Tuhan ku semoga mak tenang dalam kubur (arwah nenek Ain)
Cikgu: Lagi?
Ain: ya Allah ya tuhanku, semoga Ain dapat syurga
Akhirnya hari ni 4 Mac 2016 hari Jumaat, Ain betul-betul dah dapat syurga.. Rehatlah ain baik-baik ya. Cikgu dah dalam perjalanan ke hospital nak jumpa Ain, tapi tak sempat jumpa juga.
Ain ada ingatan yang kuat. Bila cikgu lain tanya nama anak-anak cikgu dia boleh ingat semua. Bila ada yang saja-saja tanya siapa nama suami cikgu Zee ain jawap 'suami yang soleh.' Mmm susah nak jumpa nama macam tu

Friday 4 March 2016

Intan Insan Pilihan

Ain...
Dia bersih tiada dosa,
Seputih salju tiada noda,
Tiada cinta dunia di hatinya,
Tiada hasad dengki, tidak bersangka-sangka,
Tiada rasa cemburu, tidak berlumba-lumba,
Dia tenang dalam dunia istimewanya,
Cukup makan pakai tersedia,
Dia senyum tanda gembira.

Ain...
Kadang kala cikgu kurang mengerti,
Kadang cikgu menepuk dahi,
Kadang cikgu tercuit hati,
Dengan Ain yang bercakap tanpa henti.

Ain...
Tak pernah lokek bila diminta mendoakan,
Setiap permintaan cikgu lekat dalam ingatan,
Berulang kali pun tak pernah kepenatan,
Tulus hatimu tak kan cikgu lupakan.

Ain
Ketika ini bebelan mu lah yang cikgu tunggu,
Ketawa halusmu kedengaran syahdu,
Kata-katamu bagai berlagu,
Sungguh cikgu dilanda rindu,
Maafkan atas kekurangan cikgu mendidikmu.

Ain...
Enam belas tahun kau dipinjamkan,
Hadirmu sebagai rahmat juga ujian,
Lahirmu membawa senyuman,
Pergimu membawa kenangan,
Maafkan cikgu kiranya kurang perhatian,
Maafkan cikgu kiranya kurang pengertian,
Maafkan cikgu kiranya kurang kesabaran,
Maafkan cikgu atas segala kekurangan.

Ain...
Menjelang detik perpisahan,
Cikgu lihat Ain semakin muram,
Tiada ketawa ceria, tiada juga senyuman,
Diminta makan Ain enggan,
Cikgu tarik ajak masuk ke dalam Ain tegak terus diam,
Kosong pandangan mata,
Bagai tuli telinga,
Kalau saja cikgu tahu itu kali terakhir melihatmu di muka pintu,
Ingin cikgu rangkul Ain di kala itu,
Ingin cikgu berkata; moga di sana kita dapat lagi bertemu,
Bersama Ain di syurga Firdausi,
Walau hati gusar sekali,
Mengenang khilaf diri,
Cikgu tak setulusmu Ain,
Cikgu banyak yang perlu disoal dan dipertanggungjawabkan,
Andai kata cikgu tergelincir di titian,
Harap doamu dapat menyelamatkan.

Ain...
Anak autisme anak syurga,
Bersih hatimu tiada dosa,
Biacaramu lurus tiada dusta,
Mungkin kau sudah kepenatan di dunia,
Rehatlah Ain baik-baik di sana,
Hingga tiba hari kebangkitan semula,
Kembali Ain ke tempat asalmu di syurga.

Ain...
Pergimu membawa pengajaran berharga,
Nak mati tak kira umur, tiada tanda,
Tak perlu sakit bertahun lama,
Bila-bila masa boleh dipanggilNya,
Tak tunggu bila kita sudah bersedia,
Tidak ditunda hingga amalan sudah cukup dibawa,
Beringat sentiasa jangan leka,
Kelak kita juga akan menyusulnya,
Penyaksian di alam roh dulu akan ditanya,
Siapa Tuhan siapa hamba,
Tidak bisa lagi mendabik dada,
Diri tersungkur takut bersuara,
Walau meminta dengan air mata darah,
Kembali ke dunia tak mungkin sudah,
Segalanya ditimbang walau sebesar zarah,
Moga tiada penyesalan tak sudah.

Ain...
Panjang sudah cikgu berbicara,
Walau cikgu tahu Ain tak dapat membacanya,
Cukup sekadar luahan rasa,
Sebagai pelepas rasa di dada,
Cikgu tahu kini Ain tenang di sana,
Dalam dakapan yang Maha Esa,
Dengan gambaran taman-taman syurga,
Yang sedia menantimu bila-bila masa,
Setinggi mana kasih kami padanya,
Melangit lagi kasih Ilahi pada insan suci tiada dosa,
Mendung di tanah perkuburan,
Tatkala jasad disemadikan,
Bagai turut sama menangisi pemergian,
Anak istimewa di sisi Tuhan,
Intan insan pilihan.
Intan Nurain dalam kenangan.
7 Jun 1999 - 4 Mac 2016
12.12 pm hari Jumaat

Friday 19 February 2016

Threshold of happiness

Threshold- The point that must be exceeded to begin producing a given effect or result or to elicit a response, level at which something takes effect.

Aku cuba cari perkataan Bahasa Melayu yang boleh menerangkan perkataan 'threshold' ni tapi macam susah. Lebih kurang boleh ditafsirkan sebagai satu tahap yang perlu dilepasi untuk sesuatu memberi kesan.

Contoh untuk drug addict. Bila mereka ambil dadah dalam dos tertentu untuk high (lalok), lama-kelamaan badan akan adapt dengan dos tu. Jadi mereka perlu ambil dos yang lebih tinggi agar dadah tu dapat beri kesan yang sama seperti sebelum ni. Maknanya threshold dose untuk drug tu lama-lama akan jadi makin tinggi.

Sebab tu kerap juga jadi kes penagih dadah yang keluar dari pusat pemulihan, badan mereka dah clean, bila tiba-tiba mereka ambil semula dadah dalam dos yang biasa diambil sebelum ni, mereka akan overdose hingga kadang-kadang menyebabkan kematian. Sebab bila badan dah clean, maknanya dose threshold dah rendah semula. Jadi dose tinggi yang sebelum ni ok je untuk badan diorang, yang boleh bagi diorang high, akhirnya boleh menyebabkan overdose.

Jadi cuba kita kaitkan threshold dose drug ni dengan threshold of happiness.
Dalam hidup ni semua orang nak bahagia. Ramai yang kaitkan kebahagiaan tu dengan kejayaan dan kekayaan. Kalau macam tu, kebahagiaan tu hanya milik orang tertentu; orang yang kaya dan berjaya?
Tak. Allah tu kan Maha Adil. Sebenarnya semua orang boleh bahagia kalau kita tahu caranya. Caranya adalah dengan merendahkan threshold of happiness tu.

Contoh, orang yang dah biasa pegang seringgit akan rasa sangat bahagia bila dapat seratus ringgit. Orang yang biasa dapat seribu ringgit akan jadi sangat bahagia bila tiba-tiba dapat sepuluh ribu ringgit. Tapi bila dah biasa dapat sepuluh ribu ringgit, rasa bahagia tu dah tak ada. Dapat sepuluh ribu pun rasa biasa-biasa je. Sekali tak dapat mungkin terus rasa macam langit runtuh atas kepala.

Orang yang dah biasa dengan duit juta-juta pula akan cari dan terus mencari lebih banyak lagi duit untuk dapat rasa gembira dan bahagia tu. Bila kita dah biasa dengan sesuatu nikmat, akhirnya kita tak kan rasa yang benda tu nikmat lagi. Kita akan rasa yang benda tu adalah kebiasaan dan lama-lama akan jadi keperluan. Maknanya makin lama threshold of happiness tu akan jadi makin tinggi dan makin tinggi. Jadi tak pelik kalau orang kaya, berjaya, ternama pun boleh bunuh diri. Bila threshold of happiness tu dah terlalu tinggi, sekali mereka tak dapat apa yang mereka nak, atau sekali mereka hilang walau sikit pun, tu yang mereka rasa yang mati tu lebih baik.

Cuba fikir.  Anak yatim yang dah biasa pakai baju buruk bekas-bekas orang, sekali dapat pakai baju baru berjenama, mereka akan rasa sangat-sangat gembira. Sebab mereka anggap pakai baju berjenama tu adalah nikmat. Nikmat adalah apa yang bila mereka dapat mereka akan rasa gembira. Bila tak dapat mereka tak akan rasa apa-apa.

Bandingkan pula anak orang kaya yang dah biasa pakai baju berjenama. Adakah setiap kali mereka pakai baju berjenama tu mereka akan jadi tersangat-sangat gembira? Tak. Sebab mereka rasa benda tu adalah satu kebiasaan. Lebih parah bila mereka rasa benda tu keperluan. Keperluan yang kalau ada, mereka rasa biasa je. Kalau tak ada mereka akan rasa sangat-sangat tak gembira. Mungkin boleh jadi tantrum.

Jadi nak bahagia sebenarnya senang je (ikut teori, praktikal susah) Rendahkan threshold of happiness serendah-rendahnya. Jadi apa-apa yang kita dapat lebih daripada threshold tu akan cukup untuk buat kita rasa bahagia. Dan kalau kita hilang semua tu, kita tetap akan rasa bahagia.
Macam mana nak rendahkan threshold of happiness? Caranya adalah dengan bersyukur. As simple as that. Tapi percayalah nak bersyukur tu tak mudah. Kalau tak tak kan berkali-kali Allah sebut dalam al-Quran yang amat sedikit daripada hamba Ku yang bersyukur.

                          ÙˆَÙ‚َÙ„ِيلٌ Ù…ِÙ†ْ عِبَادِÙŠَ الشَّÙƒُورُ

“Sangat sedikit sekali di antara hamba-Ku yang mahu bersyukur.” (QS. Saba’: 13)


Kaitkan pula dalam kehidupan kita seharian. Buka suis, lampu hidup, kipas hidup adalah benda biasa yang kita dah anggap sebagai keperluan. Cuba satu hari kita petik suis, lampu tak hidup, kipas pun tak hidup. Kita perlu habiskan malam tu dalam kegelapan dan kepanasan. Mesti hati pun jadi panas sama.

Tapi kita lupa di bahagian lain di dunia ni, ramai je orang yang tak menikmati kemudahan elektrik yang kita nikmati sekarang. Kalau kita rendahkan threshold of happiness kita, setiap kali kita buka suis-lampu hidup, setiap kali itu juga kita akan rasa bersyukur bila fikir bukan semua orang dapat kemudahan elektrik. Bila kita buka tudung saji ada makanan, kita akan rasa bersyukur sebab kita tahu bukan semua orang cukup makan macam kita.

Bila kita naik kereta, kita akan bersyukur sebab ada orang yang terpaksa berpanas berhujan naik motor. Bila kita naik motor kita akan rasa bersyukur bila tahu ada orang yang cuma mampu pakai basikal. Orang yang pakai basikal akan rasa bersyukur bila nampak orang yang jalan kaki je. Orang yang jalan kaki tetap mampu bersyukur sebab mereka masih ada kaki. Dan  orang yang tak ada kaki pun tetap mampu bersyukur sebab mereka sedar yang mereka masih bernyawa. Maknanya serendah mana pun kedudukan kita, asal kita mampu rendahkan threshold of happiness tu, setiap kali tu juga kita akan rasa bahagia. Kita tak akan berkeluh kesah dengan apa yang kita tak miliki. Kita akan rasa cukup dengan apa yang dimiliki.

Orang yang ada threshold yang tinggi adalah orang yang sukar bahagia. Mereka suka memikirkan apa yang tidak dimiliki daripada menghargai apa yang mereka ada. Threshold of happiness akan jadi tinggi bila kita sendiri letakkan syarat tertentu sebagai threshold (mesti dapat ni ni dan ni baru bahagia) atau kita jadikan hidup orang lain  yang kita rasa lebih dari kita sebagai threshold, atau bila kita mula rasa apa yang ada di sekeliling kita adalah hak kita, yang mesti ada dalam hidup padahal tak ada satu pun hak kita di dunia ni, semua pinjaman je. Nak merendahkan semula threshold tu adalah sesukar penagih dadah nak recover ketagihan dia. Sangat sukar. Perlukan pengorbanan, azam dan kesungguhan yang jitu.

Percayalah, setiap kali kita tanamkan rasa bersyukur tu, setiap kali tu kita akan rasa yang kita sangat beruntung. Dan rasa bahagia tu akan datang sendiri tanpa perlu kita cari. Bahagia akan datang dengan rasa cukup. Tak kan rasa cukup selagi kita belum belajar bersyukur.

Bila kita faham erti bersyukur ni, kita akan nampak bahawa orang yang dah hilang segala-galanya pun masih boleh bahagia. Negara berperang, makan tak cukup, kerja susah, tak ada gadget canggih macam kita, tapi mereka tetap masih boleh tersenyum. Mereka tetap rasa bahagia. Padahal apa aja yang mereka ada berbanding kita? Mereka ada Allah. Senyum.

Sebagai orang Islam sebenarnya kita tiada syarat untuk bahagia. Selama kita ada Allah, kita ada segalanya-galanya (as long as we have Allah, we have everything)

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, maka akan Aku tambah (nikmat) kepadamu. Tapi jika kamu mengingkari (nikmatku), sesungguhnya azabKu sangat pedih." (QS. Ibrahim: 7)
        
                          

Tuesday 16 February 2016

Dara

Walaupun agak samar-samar, masa sekolah rendah dulu (dalam darjah 1-3, tak sure) aku masih ingat lagi sorang jiran aku (aku namakan H) pernah bagi tahu dia pernah main romen-romen dengan abang kawan dia (masa tu aku dengar macam main ultraman je, tak tahu apa pun) Kawan dia (aku namakan L) pun ada masa tu. Kiranya abang L yang kurang ajar ni, dia main dengan adik perempuan dia dengan kawan adik dia sekali (dorang jiran selang dua rumah). Abang L ni aku pun dah tak ingat yang mana satu (dia ramai abang). Tapi adik beradik L memang tak berapa menjadi. Macam banyak masalah la. Yang pernah pecah masuk rumah aku pun ada. L ni pun sekarang dah kahwin kali kedua. Kali pertama lepas ada anak luar nikah, kali kedua pun kes lebih kurang. Tapi bila diingat lagi rekod dia (dah pernah rasa benda tu masa sek rendah lagi) no wonder dia jadi macam sekarang.

Masa H cerita tu, L pun ada sekali. L marah H kenapa cerita kat aku. Aku pun sebenarnya masa tu dengar je tapi tak faham pun. Sangat naif. Lepas tu aku pun dah lupa. Tak terfikir pun nak tanya dekat orang atau cerita pada sesiapa. Nasib baik sebab aku baru tahu yang benda tu sangat aib. Family H ni sebenarnya kuat agama. Mak dia tudung labuh, adik dia tabligh. Cuma bila aku dah besar dan mula faham, baru aku boleh cantumkan semula apa yang H cerita tu satu-satu. Dia bagi tahu sambil buat isyarat guna tangan, ### masuk dalam ###. Dan bila H bagi tahu mak dia, mak dia menangis-nangis. Mak H tak bagi H datang rumah L lagi. Tak dapat bayangkan kalau aku kat tempat mak H. Kita jaga anak kita baik-baik, tapi anak jiran sendiri yang rosakkan anak kita. Ya Allah, minta jauhkan. Tapi sekarang H pun dah kahwin. InsyaAllah dah bahagia.

Masa aku dekat UPM, kawan aku pernah cerita benda yang sama. Dia pernah kena rogol dengan suami pengasuh dan anak saudara pengasuh dia masa dia 5 tahun. Benda ni jadi masalah bila dia mula faham apa yang lelaki-lelaki tu buat adalah rogol. Dan dia jadi tension. Lagi pula dia clash dengan pakwe dia bila pakwe dia macam tak boleh terima bila dia cerita pasal benda ni.

Masa aku dah kerja ni pula, sorang lagi kawan aku cerita yang dia pernah kena rogol masa balik sekolah agama. Yang buat pemandu teksi dan sorang lelaki Indon. Dia masa tu sekolah rendah, kecik lagi. Dalam 10 tahun kot. Lepas jadi benda tu dia bagi tahu family dia. Rasanya tak buat laporan polis pun tapi lepas tu diorang pindah. Yang sedih sebab parent dia ni macam salahkan kawan aku ni sebab diam tak melawan. Kawan aku ni memang sampai sekarang berkonflik dengan family dia (rasanya ada kena mengena dengan kes ni juga) Dulu dia kata dia benci gila dengan lelaki sampai la dia jumpa laki dia sekarang ni. Tapi family dia tak suka laki tu. Last-last kahwin kat Thailand. Sekarang family dia dah tahu tapi masih belum boleh terima lelaki tu lagi. Kira mak dia kata kalau balik kampung, balik sendiri je. Jangan bawa laki tu.

Dan baru tahun lepas sorang lelaki yang aku baru nak kenal (prospek suami) mengaku yang dia pernah terlanjur dengan ex dia. Sekarang aku dengan dia dah tak ada apa-apa. Kitorang putus bukan sebab benda ni pun. Jujur aku boleh je terima sejarah dia. Nama pun sejarah kan. Kalau dengan dia cerita benda ni buat aku pandang rendah pada dia, maknanya aku lagi teruk dari dia. Dosa dia pun mungkin dah diampunkan Allah (serius, dia sangat baik sekarang. Dia berubah pun sejak kena tinggal dengan perempuan tu) iapa aku nak judge dia. Lagipun mungkin sebab masa dia bagi tahu benda ni aku boleh rasa yang dia betul-betul dah menyesal. Bukan dia bagi tahu sebab bangga ke apa. Dan dia pun tak explain detail so aku senang nak let go je.

Bila dengar kisah-kisah yang jadi kat atas ni, sebenarnya aku sangat-sangat bersyukur benda-benda ni tak jadi kat aku. Syukur aku lambat pick up benda-benda macam ni. Yelah zaman dulu internet tak meluas macam sekarang. Takut bila fikir apa budak-budak zaman ni boleh cari kat internet. Dan sekali dah tengok, kawan aku cakap yang benda tu akan terbayang-bayang dalam otak.

No wonder Allah suruh jauhi zina. Sama juga Allah suruh nabi Adam jauhi pokok larangan, bukan makan buah tu. Dan pakaian Nabi Adam dan Hawa terlucut hanya ketika mereka dah makan buah tu. Maknanya (mengikut usrah Ustaz Syaari yang aku pergi dulu) sebelum melakukan dosa besar, ada dosa-dosa kecil yang perlu dijauhi dulu. Sebab Allah tahu bila manusia dah mula mendekati dosa-dosa kecil ni, mereka mudah terjebak dengan dosa besar.

Dan sebab tu juga dalam surah An-Nur, Allah mulai surah dengan satu hukuman yang sangat berat untuk penzina yang wajib untuk dilaksanakan. Dan dalam surah yang sama juga Allah gariskan beberapa panduan untuk mencegah benda alah ni. Antaranya;
1. Tunduk pandangan.
2. Tutup aurat.
3. Jangan masuk rumah yang ada penghuni tanpa minta izin
4. Anak-anak jangan masuk bilik ibu bapa pada masa-masa tertentu.
5. Suruhan berkahwin malah jaminan yang Allah akan bagi rezeki apabila berkahwin.


Ni je la yang aku dapat point out. Kata ustaz tu ada 7 tak silap.

Berbalik pada syukur tu tadi. Kalau nak diikutkan, aku ada 3 abang. Malah dekat 5 tahun aku duduk berdua je dengan abang aku dalam satu rumah (bini dia duk jauh). Alhamdulillah tak janggal pun.
Zaman kat U dulu, pernah je aku overnight masa malam merdeka ikut akak sebilik aku. Akak sebilik aku keluar dengan kawan lelaki dia masa tu (serius dia sangat banyak kawan lelaki) Nak balik asrama pagar dah tutup. Aku tidur dalam kereta je. Syukur tak jadi apa-apa. Padahal kalau orang ada niat jahat, macam-macam boleh jadi.

Zaman kat U juga, pernah masa sedar dompet aku hilang lepas dah sampai kolej, aku naik bas semula pergi ke Mines sorang-sorang. Masa tu aku confirm dompet aku cicir dalam teksi. Padahal kalau ikut logik bukan senang aku nak jumpa teksi tu semula. Tapi bila dah panik aku nekad je sampai kawan aku pun tak sempat nak tahan. Masa tu dah maghrib. Terserempak pula dengan sekumpulan lelaki kat jejantas. Aku sedar ada sorang malaun tu raba peha aku tapi sekali lalu tu je la. Macam nak maki time tu gak tapi agak-agak la. Diorang segerombolan, aku sorang. Dalam jejantas maghrib-maghrib tak ada orang lain. Terus aku cepat-cepat jalan. Macam tu pun aku dah marah gila, tak dapat bayangkan perasaan mangsa rogol tu macam mana kan.

At last aku tak jumpa pun teksi tu. Masa balik asrama baru aku tahu akak-akak sebilik aku dah keluar dengan motor cari aku kat Mines. Diorang dengan kawan-kawan aku masa tu dah risau dah. Tapi bila fikir betul juga. Macam-macam boleh jadi kan. Dengan dalam bas ke Mines tu aku sorang-sorang je. Dah jauh sikit baru ada orang naik. Dompet tu akhirnya aku dapat balik. Esoknya pemandu teksi tu pulangkan balik. Syukur sangat.

Masa kerja Guardian kat Mid Valley dulu, banyak kali juga aku balik kerja malam-malam. Pernah sampai dah terlepas komuter terakhir (weekend kedai tutup lambat) Aku pergi ke KL sentral semula, naik KLIA Ekspress ke Bandar Tasek Selatan. Rumah pula jauh dari komuter, kena jalan kaki lalu tempat sunyi dekat semak samun. Memang kalau fikir, memang rasa Allah jaga aku. Macam-macam boleh jadi ikutkan.

Pernah gak masa kerja jadi guru ganti kat Petaling Jaya dulu, punyalah nak adventure sangat. Baik-baik aku boleh direct naik LRT dari Taman Bahagia ke Universiti, lepas tu jalan kaki ke flat sebelah LRT je, boleh aku berhenti kat Taman Jaya, hentian sebelum Universiti. Konon nak adventure. Last-last dari 5 minit jadi dekat sejam aku jalan kaki balik rumah. Memang dah malam masa tu. Aku mengajar belah petang. Dah la lalu semak samun, lalu tepi jalan yang tengah sibuk gila, yang kalau nampak orang lalu tepi tu akan rasa pelik semacam. Syukur juga tak jadi apa-apa. Memang rasa Allah jaga aku.

Masa aku sambung belajar kat USM, aku pernah terkawan dengan laki orang. Masa mula-mula kawan memang dia belum kahwin. Then senyap sekejap dia kahwin, pastu dia contact aku semula. Aku rasa tujuan dia cari aku semula masa tu memang just nak main-main. Dia kerja dalam ladang sawit bapak dia, jauh dari bini. So bila sunyi dia layan perempuan lain. Bini dia sendiri bagi tahu dia kaki zina sebelum kahwin pun. Dalam phone rahsia laki dia yang dia jumpa tu, banyak lagi perempuan lain yang laki dia layan. Siap ada yang mengaku dah terlanjur lagi. Syukur masa tu aku cuma setuju jumpa dia masa dia datang rumah aku masa hari raya, jumpa parent aku sekali. Dia pernah ajak keluar dah lewat petang tapi aku tak nak. Kalau tak dah jadi lauk agaknya malam tu. Dia pun suka mengarut gak. Aku tak layan. Tapi borak-borak biasa aku layan sebab boring. Lagi pun akak aku kenal akak dia. Kakak dia ustazah gitu. So aku tak expect la adik dia lahanat macam tu. Memang Allah jaga aku.

Nak cerita pasal anak murid aku lagi banyak kisah. Ada budak down syndrome yang kena rogol dengan orang yang dia panggil pakcik. Dia siap boleh cerita satu-satu apa yang orang tu buat. Macam mana lepas dia nangis orang tu bagi air kotak, suruh jangan bagi tahu mak dia. Macam mana mak dia meraung-raung cakap "dia rogol anak mak, dia rogol anak mak."

Ada sorang lagi budak melayu dah macam gila seks pula. Nampak muka macam bodoh-bodoh je tapi bab tu expert. Semua laki dia layan. Yang India pun boleh. Port dia rumah kosong dekat ngan sekolah. Bab-bab raba, tarik seluar, cucuk mencucuk tu pun dah biasa dah. Tu baru cerita hal anak murid aku yang pendidikan khas, belum cerita budak biasa lagi. Entah lagi macam-macam ragam agaknya.

Aku harap Allah akan terus jaga aku dari benda-benda macam ni. Bukan rogol je tapi juga zina. Sebab tanpa pertolongan Allah, aku rasa aku pun boleh je terjebak dengan benda-benda ni. Siapa aku nak cakap yang aku yakin yang aku tak akan terlibat. Ada je kes pempuan tudung labuh kena tangkap khalwat malah perempuan berniqab pun boleh terlibat. Nabi Yusof pun bila digoda Zulaikha, kalau bukan kerana rahmat Allah, Nabi Yusuf pun berkeinginan menuruti permintaan Zulaikha. Allah belum letak aku dalam situasi macam ni lagi. Kalau tidak aku pun tak pasti iman setipis bawang aku ni mampu bertahan ke tak.

Dan bersyukur juga masa zaman-zaman aku muda remaja otak ting tong dulu, Allah jaga aku. Walaupun aku tak baik sangat, tapi Allah bagi aku kawan-kawan yang baik. Dan Allah bagi aku rasa malu yang sangat tinggi pada jantina berlainan. Dulu aku macam tension gak kenapa aku ni malu sangat dengan lelaki. Pernah dalam majlis buka puasa dengan coursemate kat U dulu, tolak punya tolak (duduk bangku kan, memang kena engsot la) akhirnya aku kena makan depan budak lelaki. Memang tak lalu makan beb. Rasa kenyang semacam. Peliknya sampai bilik terus rasa lapar selapar2nya sampai licin aku makan nasi yang tak habis tadi. Kawan aku sama macam aku. Haha.

Dan memang aku dulu tak berkawan dengan budak lelaki pun. Macam rasa tak ada keperluan. Nak tanya pasal study, kawan perempuan aku lagi pandai. Zaman sekolah form 1-3, aku sekolah perempuan. Masuk sekolah campur, MRSM dah macam sekolah agama. Siap kena ada jarak 2 meter lagi. Masuk pula U course ramai perempuan dari lelaki. Masa praktikal baru aku kena deal dengan budak lelaki. Budak tu pernah tanya kenapa dekat u aku tak pernah tegur dia dan budak lelaki lain. Aku bukan nerd, boleh je bercakap dengan dia, borak macam-macam. Aku cakap sebab takde keperluan. Dia kata kecil hati dia dengar. Haha. Nak tahu sangat.

Dan aku harap sangat kalau aku ada anak, anak-anak sedara aku, anak-anak murid aku Allah jauhkan daripada benda-benda macam ni seperti mana Allah jaga aku selama ni. Moga diorang sebelum dapat berfikir dengan matang (macam kawan aku masa darjah 3 dulu. Bukan la dia kena paksa tapi diperdaya konon nak ajak main. Budak-budak kan) diberi perlindungan daripada orang-orang bernafsu binatang ni. Dijauhkan daripada tipu daya lelaki yang nak ambil kesempatan. Moga Allah jaga aku dan mereka daripada perogol yang kita pun tahu siapa (yang ni aku cuak juga. Lagi duduk rumah sorang, selalu ke sana sini sorang)  Moga mereka diberi kawan-kawan yang baik dan semoga mereka dapat menjaga malu yang memang Allah dah install dalam diri setiap orang perempuan tu (serius, once malu tu hilang, tu yang macam-macam boleh jadi tu. Sebab tu juga dalam ayat zina, Allah sebut perempuan dulu daripada lelaki. Dalam ayat menundukkan pandangan, Allah sebut lelaki dulu dari perempuan)

Dan moga Allah terus jaga kami agar dapat menjaga maruah dan kesucian kami sehingga saat yang halal nanti.

Amin. Amin ya rabbal alamin.

Sunday 14 February 2016

Cinta Tak Semestinya Memiliki

Saya bawa dia ke rumah kerana belas melihat dia yang masih kecil ditinggal sendiri,
Tanpa ibu, ayah atau saudara yang ambil peduli,
Saya ke kedai mencari makanan, dia menghilang diri,
Puas mencari, rupanya di bawah dashboard kereta dia bersembunyi,
Sampai ke rumah, dia enggan keluar walau dipujuk berkali-kali,
Nak tarik tak sampai hati, takut wayar kereta putus sekali,
Puas saya memujuk, dia bantai tidur.. Oh sakitnya hati!
Tetap tak keluar walau diumpan makanan enak sekali,
Panas hati, saya tinggalkan dia sendiri

Lewat petang, terbit rasa ihsan di hati,
Sebab si kecil tak makan lagi,
Terbongkok2 macam apa, akhirnya dia dapat ditarik keluar ini kali,
Dia cakar saya, siap naik atas kepala sekali,
Memang tak kenang budi! Getus di hati

Makanan saya bagi dia sebat macam lupa diri,
Tapi di belakang peti ais dia tetap bersembunyi,
Tengok muka saya, macam apa dia berbunyi,
Mungkin dia tak pernah tengok makhluk secomel ini...

Si kelabu mata hijau yang saya sayangi,
Kalau inilah sikap kamu setiap kali,
Nampaknya hubungan kita tamat di sini,
Esok kamu saya pulangkan dengan berat hati,
Semoga kamu gembira kembali ke tempat hakiki,
Dunia penuh kebebasan, bukan rumah sempit yang selalu tak berpenghuni..

Walau jodoh kita berakhir cepat sekali,
Kenangan bersama tetap saya simpan di hati, 
Kamu kucing pertama yang berjaya membuka pintu hati,
Saya sangka kita akan sama-sama mengharungi pahit manis hidup ini,
Siapa sangka akhirnya begini,
Mungkin benar kata orang, cinta tak semestnya memiliki,
Moga kamu temui pengganti,
Yang mampu jaga kamu lebih baik lagi,
Saya halalkan makan minum yang diberi,
Panjang umur kita jumpa lagi.

Nyata di dunia ini tiada apa yang abadi..
Sob sob..






‪#‎tak‬ pasal2 sebab kau org tahu belakang peti ais aku penuh taik cicak.. Jgn kau tambah tahi kat situ dah le

Monday 8 February 2016

Bila Diri Disayangi

Aku ada sorang kawan. Sempoi je orangnya. Peramah, ringan mulut, pandai bawa diri. Pergi mana-m pun dia senang dapat kawan. Kelakar, gila-gila, boleh tahan lorat. Boleh masuk la.
Dia sangat punctual orangnya. Yang ni sangat kontra dengan aku yang selalu meleceh, lembab, tak on time. Dia ni tak la feminin sangat so bila bersiap memang dia cepat. Dan bila dia dah siap tu mula la dia timing aku yang tengah bersiap.

"Lagi 5 minit."
"Dah lambat 2 minit ni."

Huh! Sakit pula hati ni. Tapi sebenarnya bagus ada orang yang kontra dengan kita ni. Boleh improve diri.


Kawan aku ni juga orang yang aku boleh share cerita-cerita agama. Walaupun dia bukan latar belakang dari bidang agama, tapi dia sentiasa nak meningkatkan diri dari segi tu. Suka pergi seminar agama, suka kerja-kerja volunteer, suka belajar. Menjaga pergaulan dengan lelaki, tak gedik. So bila sekali sekala keluar cerita dia ada crush dengan mana-mana lelaki tu, aku agak takjub juga la. Tapi setakat tu je la. Dia pun tak ada la obses sangat benda2 macam ni. Ikutkan dah ada yang tunggu dia. Cuma dia yang sampai sekarang tak bagi kata putus. Dalam masa yang sama diorang tak bermsg atau calling2 pun. Jumpa pun dengan family masing-masing. Aku memang kagum bab ni.

Ok back to the topic. Hari tu aku naik KL pergi seminar surah Al-Rahman, Ustaz Syaari Abd Rahman kat UKM. Esoknya pergi usrah dia kat OUM pula. Bagus ustaz ni. Kuliah dia ada ala-ala Nouman Ali Khan. Cerita detail, ayat by ayat surah2 Al-Quran. Dan cara penyampaian dia pun menarik.

Balik dari usrah, berjalan pula sehari suntuk ke Ikea. Lepas tu pergi Jusco Cheras, makan kat Velodrom dan hantar balik sorang lagi member kat Bandar Tasek Selatan. Dalam kereta on the way balik rumah dia cakap dalam satu benda yang lekat dalam kepala aku sampai sekarang.

"Aku selalu terfikir, Allah sayang aku tak. 
Tapi rasanya Allah sayang aku sebab dia bagi aku macam-macam."

Serius aku terdiam. Agak tersentak. Dan rasa diri aku kecik sangat. Ya, aku tahu Allah tu Maha Pengasih Maha Penyayang. Aku tahu pengasihnya Allah melebihi murkanya. Dalam surah Al-Fatihah pun ayat "Yang Maha Pengasih Yang Maha Penyayang" disebut dulu sebelum "Yang menguasai hari pembalasan."

Aku tahu Allah dah beri aku macam-macam. Dalam tahun 2013, aku tulis aku nak tiga benda. Aku nak pergi umrah, nak rumah sendiri dan nak kahwin. 2/3 benda tu Allah bagi dalam tahun tu juga. Yang Allah belum beri tu pun mesti ada sebabnya, yang kadang-kadang bila aku fikir-fikir balik, akan terlepas perkataan -Terima Kasih Allah kerana tidak memberi. Tu yang boleh buat satu puisi tajuk 'Bila Dia Tidak Memberi' dalam post sebelum ni. Sebab serius, dalam Allah tak memberi apa yang aku minta tu, sebenarnya banyak yang Dia beri tanpa aku minta pun. Allah.

Dalam aku rasa pengasih dan penyayangnya Allah tu, siap pergi seminar surah ar-rahman bagai, sebenarnya aku belum pasak betul-betul dalam hati aku. Aku kadang-kadang rasa yang aku tak layak. Amalan aku tak banyak, tak sempurna, hati aku kotor lagi, dosa banyak. Kadang-kadang masih rasa yakin tak yakin je Allah ampunkan atau tak. Tapi tu kan tandanya aku masih bergantung pada amalan. Masih berburuk sangka pada sifat Maha pemurahnya Allah. Padahal bila Allah nak bagi, Dia tak pernah tengok semua tu. Bak satu post yang aku tulis kat fb sebelum  ni.

"Tadi tengok astro oasis terpampang muka Malik Nor, tak pasti rancangan apa.
Dia cerita orang selalu tanya macam mana dia boleh dapat hidayah... 
Dia jawab- saya mintak.
Walaupun dia tak solat masa tu, dengan life dia yang dulu, tapi bila dia doa mintak hidayah, Allah tetap bagi. Dia dapat mimpi, dapat gambaran neraka..
Mak kita kalau kita degil, tak pernah buat apa yang disuruh, derhaka.. bila kita minta apa2 pun belum tentu mak kita bagi kan.
Tapi Allah nak bagi tak kira siapa.. Yang taat yang tak taat.. Asal ikhlas minta Dia bagi
Bila dengar rasa macam- baiknya Allah"


Memang tu apa yang aku pernah tulis dulu, tapi rupanya aku juga yang selalu lupa baiknya Allah. Selalu lupa betapa sayangnya Allah pada aku sebelum ni. Belum tahap yakin macam kawan aku ni sampai dia boleh cerita kat aku dengan yakinnya yang Allah sayangkan dia. Kan Allah tu mengikut sangkaan hambaNya. Patutlah hidup dia nampak mudah je. Dia suka travel dan selalu dipermudahkan je bila nak travel. Macam duit dia banyak sangat boleh travel oversea setahun sampai 3-4 kali. Travel dalam Malaysia jangan cakap la. Setiap kali pergi travel setiap tu dapat kawan baru. Dapat naik jadi ketua sektor tahun lepas. Dapat macam-macam benda la.

Dia pernah cakap yang dia suka travel tu bukan sebab excited sangat nak tengok tempat orang, tapi dia suka sibuk. Suka penat. Dia suka rasa yang masa dia penuh dan bermanfaat sebab dia selalu rasa yang hidup dia sekarang ni senang sangat. Banyak rehat. Lagi satu dia selalu kata bila travel jadi musafir doa makbul. Cita-cita dia nak pergi Palestin tapi mak dia tak bagi. Dia suka ikut travel yang ada pengisian agama macam dia pergi Pulau Jawa sekarang ni, untuk menjejak sejarah Islam kat sana.

Dia pernah cakap, dia pernah doa supaya Allah uji dia supaya dia lebih rasa dekat pada Allah. Sebab masa tu dia baru dapat solve problem dia so dia sendiri rasa dah jauh dari Allah masa tu. Bagus kan.

Dan patut juga bila aku cakap aku nak kahwin sebab aku selalu rasa tak kuat nak jadi baik sendiri-sendiri, dia akan tegur ingatkan -Allah kan ada. Sebab tu dia tak terhegeh-hegeh sangat dengan cinta manusia ni. Dan dia tak heran sangat dengan barang-barang dunia ni. Penampilan dia sederhana je. Dia selalu je teman aku shopping, tapi dia macam takde nafsu sangat nak shopping baju, kasut, beg, tudung ni. Kontra la dengan aku yang selalu rambang mata ni. Adalah juga dia membeli, tapi barang-barang keperluan dan buku.

Dan lagi satu sebab dia pemurah. Hati dia baik. Humble. Selalu cuba dahulukan orang lain dari diri sendiri. Tu mungkin salah satu sebab kenapa hidup dia nampak dimudahkan sentiasa. Ada jugalah aku tahu satu dua event yang mengegarkan hidup dia. Tapi dia masih ok. Masih cakap "Allah dah makbulkan doa aku." Sungguh. Sangka baik dia pada Allah buat aku malu. Dan betul, bila kita tanamkan rasa yang "Allah sayang aku," itu akan jadi motivasi terbaik untuk kita buat benda2 yang Allah suka. Akan jadi motivasi untuk hanya cari Dia bila susah. Hanya bergantung pada Dia.

Analoginya bila kita tengah bercinta, kita akan jadi lebih semangat nak buat apa-apa kan. Hidup pun ceria je. Dan kita tahu nak cari siapa bila kita ditimpa masalah. Bayangkan macam mana pula rasa bila kita rasa Allah sayang kita. Betul2 rasa macam tu. Lagi la semangat kan hidup kita nak buat apa2 sebagai persediaan nak jumpa Dia nanti. Mesti jadi apa-apa pun akan rasa tenang je, takde sedih dan risau berlebihan macam firman Allah dalam surah al-baqarah

“Dan bahkan siapa menyerahkan diri pada Tuhan sedang ia berbuat kebajikan, baginya pahala di sisi Tuhannya dan tiada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka sedih hati” (QS. 2:112)

Mulai hari ni aku akan cuba pasakkan kuat-kuat dlm hati aku yang Allah sayangkan aku. Akan cuba singkirkan segala rasa2 serta sangkaan2 yang tak baik tu. Mudah-mudahan dengan sangkaan tu, Allah akan betul2 redha dengan aku di saat aku tinggalkan dunia ni nanti (sebenarnya masih ada rasa keliru antara nak sangka baik dengan Allah dan sangka buruk pada diri sendiri. Takut terlebih yakin nanti jadi riak, sombong, ujub pulak. Susah nak cari keseimbangan antara tu)

Terima kasih ya Allah atas ehsan Mu kepadaku. Suatu ketika dulu, hujung tahun 2011, aku pernah berdoa supaya dikurniakan orang2 yang baik untuk menjadi penyokong sekeliling aku. Sebab masa tu memang aku rasa tak kuat nak jadi baik sendiri2. Aku bukan background agama. Family biasa-biasa je. Ilmu tak ada, amal apatah lagi. Aku nak penyokong supaya semangat yang baru ada ni tak mudah lebur. Masa tu nak masuk usrah. Dah siap bayar yuran semua tapi tak dipanggil-panggil. Kurang naqibah agaknya.

Tapi sekarang Kau bagi aku kawan-kawan sekerja yang baik, GPK yang memberatkan agama untuk anak buah dia, jiran2 yang baik, ada kawan nak pergi seminar agama, ada kawan-kawan dari facebook tempat aku rujuk macam2 benda even tak pernah jumpa pun.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu dustakan?