Saturday 25 July 2015

Hakikat hidup di dunia

Aku tertarik dengan satu slot yang aku dengar di Ikim. Dengar masa ramadan hari tu. Serius aku tak ingat siapa tetamu jemputan tu, tak ingat juga slot apa. Tapi point dia sangat menarik untuk faham hakikat hidup dan hakikat Ramadan.
Kisasan dia....

Kita semua berada dalam satu kapal yang besar.
Kapal itu dalam perjalanan ke negeri yang kekal abadi.
Sebelum sampai ke negeri yang kekal abadi, kita ada satu pelabuhan.
Tugas kita di pelabuhan tu adalah untuk bercucuk tanam di mana hasil tuaian tu akan dibawa ke negeri yang kekal abadi tu. Bekalan tu siapa bawa dia la yang punya, tak boleh kongsi-kongsi.
Kita tak tahu bila kita akan diturunkan dan bila kita akan dijemput kembali. Mungkin kita di hentian tu sekejap, mungkin juga lama. Tak siapa tahu.
Di hentian tu, kita akan diuji dengan pelbagai ujian. Kesusahan satu ujian, kesenangan satu ujian. Dalam diuji tu jangan lupa tugas utama kita, mengumpul bekalan untuk ke negeri yang kekal abadi tu (Tapi ramai je yang lupa termasuk aku)
Ramadan pula adalah satu bulan, di mana hasil tuaian kita akan digandakan. Tanam satu dapat bukan saja sepuluh malah ratus, mungkin juga ribu, mungkin juga juta. Tapi tempohnya tak lama. Dan tempoh 29/30 hari tu harus dimanfaatkan sebaik-baiknya sebab tawaran tu tak kan datang selalu. Dan belum tahu juga tahun depan kita akan dapat tawaran yang sama.
Bagus kan.




Ada satu lagi kiasan yang aku pernah baca. Aku tulis semula dalam keadaan aku sendiri ingat-ingat lupa.

Hakikat hidup di dunia...
Kita semua sedang melalui satu lorong gelap, macam terowong.  Dalam lorong gelap ni ada bongkah-bongkah yang kita tak tahu apa benda. Gelap la katakan.  
Orang yang diberi Nur, mereka akan boleh beza bongkah yang mana satu emas, yang mana satu batu kerikil. Jadi mereka akan ambil sebanyak-banyaknya emas walaupun mereka terpaksa memikul beban yang berat.
Orang yang kurang percaya akan ambil sikit je. Bawa pun tak berat.
Orang yang tak percaya, yang malas akan jalan terus tanpa bawa apa-apa pun. Berlenggang kangkung la kata orang. Langsung tak nak bersusah-susah.
Percaya atau tak tu semuanya bergantung pada iman masing-masing. Ada yang imannya kuat, ada yang tipis dan ada yang takde langsung.
Di hujung terowong, barulah mata masing-masing akan terbuka seluas-luasnya.
Orang yang tak ambil bongkah tu akan merayu nak masuk balik terowong tu. Nak kutip emas tu banyak-banyak. Tapi tak dapat la. Dah keluar terowong, no turning back. Kalau kat dalam tu boleh lagi.
Orang yang ambil sikit akan menyesal sebab tak bawa banyak.
Yang dah bawa banyak pun akan menyesal sebab tak bawa lagi banyak.
Faham kan?
Bongkah emas tu bekalan kita, amalan kita, pahala kita.
Terowong tu hidup dekat dunia. Dah sampai ajal, mana boleh patah balik,
Hujung terowong tu akhirat la
Scary kan?
Takut bila fikir sampai di hujung terowong, bongkah besar yang berat-berat kita bawa, yang kita sangka emas tu rupanya-rupanya batu yang tak berharga.

Macam firman Allah dalam surah Al-Kahfi ayat 103 & 104,
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah, kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi serugi-ruginya amal-amal perbuatannya?'(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan."
Sebab tu disuruh kita ulang-ulang doa ni setiap hari. At least 17 kali sehari. Doa dalam surah Al-Fatihah. 
Tunjukilah kami jalan yang lurus. (iaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat
Besar sebenarnya makna doa ni. Kita minta jalan yang lurus, jalan yang telah diberi pada orang-orang yang telah diberi petunjuk sebelum ni. Lagi dalam dunia hari. Nak cari jalan yang lurus tu bukan senang. Semua orang claim 'inilah jalan yang lurus'
Dengan wahabi, syiah, khawarij. Belum lagi dengan perpecahan politik, berbeza mazhab, bidaah membidaahkan. Untuk orang yang jahil macam aku ni memang pening la.
Takut je bila jumpa Allah nanti, baru tahu amalan aku rupanya tak diterima satu apa pun. Yang digalas selama ni rupanya cuma batu besar, bukan emas.
Ya Allah sungguh aku memohon kepadamu ilmu yang bermanfaat, 
rezki yang baik dan amalan yang diterima
Ameen...



Cerita Raya 2015

Masuk hari ni dah seminggu Ramadan berlalu. Imbas balik hari raya tahun ni, compare dengan tahun lepas, tahun ni lebih havoc. Sebab semua orang ada.
Pagi-pagi ambil gambar, 32 orang semua. Dari mak, bapak aku, abang, akak, adik, ipar dan anak sedara.
Meriah! Tak sampai petang, 130+ ketupat licin semua.
Yang beza dengan tahun lepas juga, tahun ni masa aku salam dengan saudara-saudara, mak bapak aku dah mula berbunyi.

'Abang Ngah doakan Zee ni cepat kahwin.
'Makngah doakan Zee ni cepat dapat jodoh.'
'Tak tahu tunggu apa. Dah ada orang nak, siap dah datang rumah dia tak nak.'

Serius, tiga rumah pergi, tiga dialog ni keluar. I was like....(kening bertaut)
Memang betul la, parent aku ni dah tak sabar-sabar nak anak dia ni kahwin.
Cat rumah untuk raya, abang aku sibuk cakap, ni cat untuk majlis aku sekali.
'Pengantin nak warna apa?'
Duh (Tepuk dahi)
Memang tahun ni berhantu sikit la. Rasanya sebab diorang tahu tahun ni aku dah mula kenal dengan orang. Tapi diorang tak tahu betapa kompleknya cerita aku dengan lelaki-lelaki ni. Nak cerita boleh penuh blog.
Ok, skip.
Raya, biasalah...macam-macam cerita akan keluar. Tapi tiga cerita ni stuck lebih sikit dalam otak aku.


1. Sepupu aku kahwin lagi.

Sepupu aku ni dalam 40an. Orangnya segak la, tak boroi. Kerja masyuk. Bini cun. Anak dah 7. Alih-alih dengar dia kahwin lagi. Aku tak ada masalah sebenarnya orang nak kahwin lagi (bermasalah la kalau orang tu laki aku..haha, hipokrit)
Still better daripada orang yang buat maksiat, curang tapi tak kahwin-kahwin. Dah terang-terang dalam Islam memang laki boleh kahwin lebih daripada sorang. Terima je lah walau pahit.
Tapi yang aku agak tak senang hati, sebab dah tahu benda tu pahit, buat la dengan cara yang paling baik supaya kurang pahitnya untuk isteri pertama dia.  
Ni dia kahwin senyap-senyap. Rancang dengan keluarga dia je. Mengamuk la bini dia bila tahu. Kalau aku kat tempat bini first dia pun, memang sedih, frust, feel unappreciated etc la. Tak boleh ke kau bincang elok-elok dengan bini first sebelum kahwin. Sekarang ni dengarnya bini dia dah boleh terima, malah boleh jalan sama-sama lagi dengan madu dia tu. So kiranya bini dia ok apa. Kenapa la buat macam tu pada isteri sebaik tu.
Aku tak boleh nak cakap, tapi kalau suatu hari nanti ditakdirkan aku kahwin dan laki aku nak kahwin lagi, aku harap dia boleh buat dengan cara yang terbaik. Apa-apa pun jangan tipu aku. Sebab tu yang paling sakit sebenarnya.
Dan aku berharap sangat jodoh aku bukan dengan laki orang. Aku tak berani nak cakap aku tak akan kahwin dengan laki orang. Masa depan kan, siapa tahu. Tapi aku harap jauhkan la.


2. Sepupu aku putus tunang

Sepupu aku ni lebih muda dari aku. Baru tunang beberapa bulan yang lepas. Masa salam dengan dia masa raya, mak aku tanya majlis dia bila. Masa tu baru tahu rupa-rupanya dah putus.
I was like, 'welcome to my club.'
Kelab orang-orang putus tunang.
Aku tak tahu la apa sebabnya. Tak cukup rapat pun dengan dia untuk nak tanya kenapa. Tapi yang buat hati aku berkocak jugak la sebab masa mak dia tukang jawab, dah putus, aku nampak mata dia berair. I feel you sis, i feel you. Orang yang dah melalui je yang akan merasa. Bezanya tarikh majlis dia lambat lagi, beza dengan aku yang masa tu tinggal 3 bulan lagi. Tapi sakitnya sama kot. Tak apa, InsyaAllah ada hikmahnya.



3. Sepupu aku kerja kat Singapore

Sebab aku duduk Johor dan Johor yang aku duduk tu dekat dengan Singapore, so kerja kat Singapore tu benda biasa sebenarnya. Cousin aku ni nurse. Kerja kat hospital sana memang masyuk la gaji dia. Dollar beb.
Tapi yang buat aku tersentak sikit bila nenek dia tukang sampai cerita
'Syaratnya tak boleh solat, tak boleh pakai tudung.'
I was like - #######
Tak tahu nak gambarkan macam mana. Kerja apalah yang berbaloi sangat kalau perlu langgar perintah Allah. Tak de. Tak berbaloi. Tak kira tinggi mana gaji, tapi kalau perlu langgar perintah Allah, emmm. Tak tahu nak komen apa. Aku sendiri bukan baik mana. Mungkin dia ada sebab dia sendiri. Entahlah.

Teruskan buat baik walau tak rasa manis, 
Jangan sesekali buat jahat walau tak rasa bersalah. 
InsyaAllah akan kembali pada fitrah. 

Walaupun mungkin dia tak rasa bersalah terima kerja dengan syarat macam tu, aku harap kalau dia sedar yang benda tu salah, dia akan stop juga one day.

Apa pun Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.
Mungkinkah aku masih tetap hidup untuk sambut Aidilfitri tahun depan?




Friday 24 July 2015

Save by a call

Tak tahu kenapa, sejak masuk Syawal ni, otak aku macam ting tong sikit.
First mungkin sebab aku patutnya dah period, tapi tak period-period. 
Second sebab jadual hidup aku dah lari. Keutamaan aku dah lari. Fokus aku dah lari.
Deep down, aku rindu Ramadan. Bukan sebab aku baik. Tapi sebab masa Ramadan hidup aku ada misi. Misi yang jelas. Satu hari nak kena baca Quran berapa banyak. Dari solat ke solat aku nak isi dengan apa. Setiap masa aku aware- eh,kena doa. Eh, kene zikir. Mana tahu ni saat makbul doa ke.
Tapi bila masuk Syawal. Fokus lari, misi lari...semua lari la.
Mungkin aku sendiri yang bagi kebebasan dekat diri aku. I let my guard off, dgn alasan, dah syawal. Chill la. It's ok tinggal Quran beberapa hari. It's ok kalau tinggal qiam sekejap. Busy raya rumah orang kan. Pelik sangat tiba-tiba aku qiam kat rumah orang. Bayangkan di tengah malam yg hening, aku tahajud kat celah2 orang yg tengah tidur. Emmm, off.
Aku tak nak jadi hamba Ramadan. Tuhan masa Ramadan tu masih tuhan yang sama masa lain pun. 
Tapi betul la, nafsu bila tak diikat memang jadi liar. Manusia kalau diberi banyak sangat pilihan, memang naik lemak. Bukan ke muslim tu hidupnya setiap masa adalah Ramadan. Hari raya adalah di akhirat nanti.
Ok, next entri aku akan listkan azam lepas Ramadan lak.

Tapi cerita hari ni apa yang jadi semalam. Semalam aku bangun dengan rasa 'hole in my heart.'
Tak tahu nak cakap macam mana, tapi tiba-tiba rasa kosong. Macam hidup tak ada tujuan. Everything aku pandang rasa hambar. Mungkin ini tanda aku dah jauh dari Dia. Connection tu dah kurang. Paling aku takut bila connection tu putus terus dan aku langsung tak perasan.

Ya Allah, jangan tinggalkan aku sendiri urus hidup aku. Walau sekelip mata. Atau jangka masa yang lebih pendek dari tu. Sebab aku tak mampu. Tak mampu walau sedetik pun nak kawal macam mana rentak jantung aku, kat saluran mana darah aku patut masuk, otot mana yang patut kendur, yang patut kecut bila aku nak angkat tangan, nak telan makanan. Sungguh tak mampu.

Lepas Subuh aku melagha, tengok internet. Takde zikir, takde doa. Sebab tengah meluap-luap nak sambung baca blog semalam. Then bila tengok jam dah pukul 8.00, aku paksa diri buat Duha, atas dasar aku nak istiqamah. Dan atas dasar, buat walau tak rasa manis, tinggal walau tak rasa bersalah. 
Jamuan Hari Raya sekolah aku patutnya start pukul 8.00pg tapi aku maklum sangat event tu tak kan mula sharp pukul 8.00pg. Lagipun Dewan tu dekat sangat dengan rumah aku, so aku pun rileks2 je.
Lepas duha, aku doa, cuba cari balik connection yang lost tu. Tah, masa tu aku rasa hidup aku betul-betul sunyi. Duduk rumah sorang-sorang, tak de kawan nak bercakap. Nak mengadu dekat Tuhan pun rasa jauh. Ni sindrom biasa bila aku dah lama sangat duduk kampung, dikelilingi ramai orang. So bila balik rumah sendiri aku akan rasa sunyi yang amat. 
Tiba-tiba phone bunyi. My colleague call.

'Zee kat mana?' Suara dia macam concern sangat.
'Rumah. Tengah siap,' (Siap dlm defination aku termasuk solat, so aku tak tipu pun)
'Cepatlah datang. Akak dah cop tempat. Makanan semua dah ambik.'
'Ok-ok.'

Dengan telekung aku terkedek2 lari masuk bilik. Nak sambung doa. 
Then.......
Masa tu aku menangis semahu-mahunya. Lepaskan segala yg berbuku kat hati aku since pagi tadi. Atau sebenarnya dah lama dah. Since raya 17 Julai lepas.
Entah kenapa baru aku sedar sebenarnya hidup aku tak kurang apa-apa pun. Family masih ada, kawan ada, kerja ada, kereta ada, rumah ada. Aku tak diuji dengan kekurangan atau kehilangan apa-apa pun.
Yang kurang cuma SYUKUR. Perasaan bersyukur...
Ya, itu yang kurang dalam hidup aku lately. Baru aku sedar. Disedarkan oleh panggilan telefon tadi.
Macam mana aku boleh rasa aku sorang-sorang, takde sapa-sapa. 
Aku ada family. Aku ada kawan yang tengah risau kenapa kawan-kawan dia tak sampai-sampai lagi. Yang dah siap cop kan tempat, dah ambilkan makanan (Kawan aku ni mak dua orang anak, so sifat ke'mak'an dia tu mmg tinggi)
Macam mana aku boleh rasa aku takde purpose of life? Purpose of life aku untuk sembah Dia. Untuk bersyukur dengan setiap apa yang Dia dah bagi kat aku. Tak kira walau banyak mana dosa aku, tak kira walau aku makin jauh dari Dia, tapi nikmat dia tetap tak putus. Tak pernah jauh.
Aku solat duha untuk tarik rezeki kononnya. Tapi dalam masa yg sama aku lupa rezeki yang Dia dok bagi saban hari. Rezki aku dilahirkan dalam Islam. Rezeki aku dilahirkan dalam family yang ajar aku solat,puasa. Rezki hidayah. Rezki aku ada kerja. Dengan kerja tu aku boleh bayar duit kereta tiap-tiap bulan, bayar duit rumah. Semuanya dari Dia.


Ya Allah, dosa aku banyak, amal aku sikit dan permintaanku banyak. Tapi aku tahu yang rahmat, kasih sayang Mu melangit tinggi. Ampunkan aku Ya Allah. Jangan jauh dari ku Ya Allah.

Betul firman Tuhan

وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ
             “Sangat sedikit sekali di antara hamba-Ku yang mau bersyukur.” (QS. Saba’: 13)

Syukur. Easier said than done.
Tanpa syukur, orang yang dah ada segala-galanya pun tetap tak akan rasa bahagia.
Dengan syukur, orang yang tiada apa-apa pun akan tetap rasa bahagia. Sebab at least dia ada Tuhan dia. Hasbunallah wanikmal wakil nikmal maula wanikman nasir.

                             http://www.islamcendekia.com/2014/09/arti-makna-hasbunallah-wanikmal-wakil-nikmal-maula-wanikman-nasir.html      


Sebab tu ada doa minta supaya, jadikan kita hamba yang bersyukur.
Sebab dengan syukur, segala-galanya akan jadi lebih indah.

Ya Allah, kurniakan aku badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahmuMu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmatmu, lidah yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu.


Definasi aku tentang bahagia...sangat berkait dengan syukur

Takkan bahagia selagi tak rasa cukup

Dan takkan rasa cukup selagi tak bersyukur

No wonder sampai sekarang aku masih sukar kecap bahagia tu. 
Sebab aku hamba Allah yang selalu lupa. Lupa untuk bersyukur.....mmmm

     


Semuanya bermula di sini

Blog ni aku tulis bukan sebab tak ada kerja
Bukan nak cari kawan
Bukan nak cari duit
Bukan nak cerita pasal diri 24/7
Jauh nak popular
Aku tulis untuk aku.
Untuk release apa dalam kepala.
Yang susah nak dicerita kat orang.
Susah juga nak cari orang yang boleh dengar
So biarla ia keluar dalam bentuk tulisan. 
Supaya otak aku freeeeee

Blog ni hanya tulisan meluah rasa.
Pengingat di kala lupa.
Memori untuk masa akan datang.


Dan di sinilah bermula segala-galanya....