Boleh ke lelaki dan perempuan jadi kawan? (dan aku maksudkan ni
untuk lelaki/ perempuan bukan mahram yang straight
saja. Bukan gay, bukan lesbian)
Kalau tanya aku yang dulu aku jawab boleh. Apa salahnya? Dalam
cerita-cerita kat tv tu banyak je
laki dengan pempuan kawan-kawan. Macam best
je. Yelah sebab kawan lelaki tak akan jealous
bila kau dressing lagi meletops dari dia. Kawan lelaki pandai
bidang-bidang yang biasanya perempuan tak pandai. Contoh komputer, kereta.
Kawan lelaki lebih sesuai untuk korang-korang yang ganas, tak berapa nak control ayu ni. Untuk lelaki, kawan
perempuan lebih empati, lebih prihatin. Pantang tengok muka kau sedih sikit,
dia akan tegur. Kawan perempuan tak akan sampai hati gelakkan korang secara
berjemaah bila kau jatuh tergolek depan orang ramai. Kawan perempuan kau tak
akan pakai baju yang sama dua hari berturut-turut hingga mengganggu deria bau
kau. Dan dulu aku pernah berangan, sweetnya
jatuh cinta dengan kawan baik sendiri sambil menyanyi ‘lucky I’m in love with my best friend.’ Opss, kat mana kita tadi?
Kalau tanya aku yang sekarang aku jawab hampir mustahil. Sebab?
Tak compatible, leceh, banyak nak
kena jaga di mana hampir mustahil boleh dijaga yang mana lebih mudah kalau kata
tak boleh. Titik.
Tak faham.
Ok macam ni. Antara benda yang nak kena jaga antara lelaki dengan
perempuan adalah physical contact. Tak boleh bersentuh. Langsung.
Dan buang segala kemungkinan serta kebarangkalian benda tu jadi. So bila kau makan dengan kawan
lelaki/perempuan, kena makan jauh-jauh sebab takut tersenggol ke apa. Bila kau
jalan dengan kawan lain jantina, kena jalan jauh-jauh takut tangan tengah sedap
hayun terkena tangan dia.
Tak kan ter pun berdosa.
Islam kan mudah.
Mungkin betul, tak sengaja tak dosa (aku kata mungkin sebab aku
tak tahu) Tapi macam mana pula dengan tindakan kau yang bawa kepada benda tak
sengaja tu. Contoh, kau tak minum arak tapi duduk semeja dengan orang yang
minum arak. Bila kau terminum air dia sebab ingat tu air Zappel kau, salah tak
kau yang gatal juga duduk situ walau kau ada pilihan untuk tinggalkan meja tu?
Kawan-kawan bila dah sedap bercakap, mesti dengan tangan-tangan
akan naik. Atau bila bergurau, mesti ada bertepuk tampar, cubit mencubit, sekeh
menyekeh. Mampu tahan tangan tu setiap masa dan ketika daripada bersentuh dan
tersentuh? Lagi kalau tak jaga jarak. Jangan sembang la.
Yang kedua, bila bercakap kau kena pastikan yang suara kau tu tak
jatuh pada suara yang boleh dianggap melembutkan/melunakkan suara hingga
menimbulkan keinginan tak elok dalam hati lelaki (untuk perempuan) Hati orang,
kau mampu nak tebak? Dan bila kawan kau tengah sedih, mesti kau nak pujuk lembut-lembut
kan. Macam mana nak pastikan lembut tu tak masuk dalam perkara yang dilarang
dalam surah al-ahzab ayat 32 tu? Menurut Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, message dengan emoticon tu pun boleh masuk dalam melembutkan suara di mana smiley comel-comel boleh dianggap yang
perempuan tu nak bermesra-mesra. Dan untuk lelaki, macam mana nak pastikan
ayat-ayat korang tu tak memberi
harapan palsu untuk perempuan-perempuan yang mendengar?
Ketiga bab jaga pandangan. Senang ke nak bercakap tak pandang muka
atau pandang sikit-sikit je. Kawan,
mesti akan minta pandangan kawan kan. Baju aku ok? Kau rasa aku gemuk ke? Aku sado tak? Selalu pergi gym ni. Emmm. Jadi kat mana konsep
menundukkan pandangan tu. Konsep perempuan solehah tidak memandang dan tidak
dipandang lelaki? (vice versa)
Keempat, lelaki dan perempuan bukan mahram dilarang duduk berdua
tanpa kehadiran orang ketiga. So kau tak boleh naik kereta berdua-dua dengan
dia, tak boleh keluar jalan-jalan berdua-dua, belajar berdua-dua dekat kantin
dan sila senaraikan sendiri. Pasal orang ketiga ni ada khilaf. Ada yang kata
duduk berdua-duaan di tengah-tengah orang ramai tu takpe sebab tak kira berdua-duaan. Ada kata tak boleh. Aku pernah
dengar Ustaz Zaharuddin cakap, syarat orang ketiga tu adalah orang yang boleh
mencegah kemungkaran. So pada pandangan aku (cuma pandangan, jangan jadikan
fatwa) kalau bercakap dengan lelaki/perempuan dalam tempat yang dikelilingi
ustaz-ustaz, imam-imam serta tok bilal di mana kau tahu kalau kau bercakap
lebih-lebih dengan gaya gedik/bajet macho,
kau akan menerima jelingan maut dan silap-silap ditegur tang tang tu juga yang
mana boleh menjatuhkan gengsi kau, so
itu boleh. Sebab orang sekeliling tu adalah orang ketiga yang boleh mencegah
kemungkaran.
Tapi kalau kau keluar bertiga pun, tapi orang ketiga tu asyik pegang
handphone di mana kalau korang berpegangan tangan pun dia akan
buat macam tak nampak je, so dia tak dikira orang ketiga yang
membolehkan lelaki dan perempuan duduk bersama. Sama juga kalau kau bawa adik
kau yang umur 4 tahun yang tak faham pun batasan lelaki perempuan. Clear?
Perkara kelima yang perlu dijaga adalah sama ada hubungan kau
dengan kawan kau yang berlainan jantina tu boleh menimbulkan fitnah atau tak. Contoh,
kalau kau lima orang kawan perempuan dengan lima orang kawan lelaki masuk dalam
satu rumah, tutup semua tingkap, semua pintu. Memang tak berdua-duaan pun, tapi
benda tu boleh jadi menimbulkan syak wasangka pada orang yang melihat, so tetap tak boleh (bukan fatwa) Pernah
dengar bagaimana Nabi Muhammad s.a.w cepat-cepat bagitahu pada dua orang lelaki
yang nampak baginda berdua dengan isteri dia Safiyah, takut lelaki tu ingat
Nabi dengan perempuan lain. Lelaki tu kata, tentulah Rasullah. Nabi kot. Tapi Nabi balas syaitan tu berjalan
dalam salur darah anak adam, takut lelaki tu salah sangka. Macam tu sekali Nabi
jaga agar orang tak berprasangka padahal baginda nabi, orang nak sangka apa
pun. Macam mana pula dengan kita? So
kalau kau berkawan rapat dengan lelaki/ perempuan dan orang anggap korang couple, so yang faham tentang couple
tu tentu tahu yang itu dah termasuk dalam fitnah yang memang patut dielakkan.
Ni belum masuk lagi bab tiba-tiba salah seorang terfeeling kat kawan dia. Sadisnya bila
kawan dia tak rasa apa yang dia rasa. Atau lepas kahwin pasangan kau cemburu
pula pada kawan lain jantina kau tu. Adoi...malas la nak cerita bab ni.
Tapi jangan bimbang. Semua masalah ni akan selesai kalau kawan
kita tu sama jantina. Boleh duduk dekat-dekat, boleh peluk, pegang tangan,
tengok muka dia puas-puas. Bukan setakat boleh naik kereta berdua-duaan, tidur sebilik
sekatil pun boleh (diulangi, tulisan ni untuk mereka yang ‘tak bengkok’ sahaja).
Bila dia sedih, kau boleh pujuk dia tanpa risau suara atau ayat kau tu boleh
bawa maksud lain. Boleh keluar berdua tanpa ada khilaf. Boleh ber message bercakap dengan dia tanpa risau
tentang zina hati. Pasangan korang
pun tentu tak jealous. Dan untuk
lelaki, kau boleh kentut kuat-kuat lepas tu buat macam tak ada apa-apa depan
kawan lelaki kau. Dengan perempuan...tak dapat der
Tapi kalau nak juga kawan lain jantina ni boleh. Kawan la dengan
ayah/mak kita, abang/akak kita, adik kita, bapak/mak saudara kita, atuk kita
dan...pasangan kita yang halal. Senang kan? (senyum)
Habis kalau kerja sama-sama, belajar sama-sama, berpersatuan
segala bagai tu macam mana?
Bagi aku tu kenalan, bukan kawan. Kau kenal dia, berhubung dengan
dia untuk memudahkan tugas kau, tahu sikit-sikit pasal dia, minta tolong bila
perlu. Betul-betul perlu. Cukup setakat tu. Tak perlu kau nak tahu dia suka warna
apa, apa dia buat malam tadi, bergelak tawa, bergurau senda apatah lagi sampai
nak keluar berdua-dua atas nama kawan. No
no no no (gerak-gerak jari)
Macam mana pula kawan dalam facebook? Bagi aku dan diulangi ini
hanya pandangan aku di mana pandangan ini valid untuk masa ni sahaja. Boleh
jadi di masa akan datang bila aku jumpa pendapat dari ustaz lain, aku akan ubah
pandangan pula. Kalau mampu jaga lima benda kat atas tu, apa salahnya. Tak
bersentuhan, tak dengar suara (kat fb memang tak) jaga pandangan (jangan upload gambar dengan aksi manja menggoda
apatah lagi yang tak menutup aurat) jangan guna emoticon gambar love kiss
kiss tu dan elakkan apa-apa yang boleh timbulkan
fitnah termasuk fitnah dalam hati tu. Serius, fitnah dalam hati adalah fitnah yang paling susah nak jaga.
Tapi kalau la antara friend
list ko tu adalah ex kau dulu, walaupun dia tak upload gambar bukan-bukan, korang tak ber
private message bagai..tapi kehadiran dia dalam friend list ko dah
menimbulkan fitnah dalam rumah tangga kau, bagi aku tetap tak boleh.
Susahnya Islam ni (tarik muncung)
Tak sayang. Islam adalah agama yang sangat lengkap, menyeluruh,
halus. Agama yang menjaga keharmonian antara sesama manusia. Yang menjaga
sekecil-kecil perkara hatta nak masuk keluar toilet dengan kaki mana pun, apatah lagi hubungan antara lelaki dan
perempuan. Belajar bawa kereta pun ada jarak selamat (3 second rule) untuk elak
kereta belakang tercium bumper kereta depan. Tapi ramai orang lepas habis
belajar, dapat lesen, terus lupa rule
ni. Main tailgate sesaja. Tu yang
banyak jadi accident. Faham kan?
(angkat kening dua kali)
Yang halal itu jelas, yang haram itu jelas. Antara keduanya ada
perkara yang syubhat (samar-samar) Siapa yang menjauhkan diri daripada perkara syubhat,
dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya.
So tepuk dada tanya iman. Boleh ke
lelaki dan perempuan jadi kawan?
Hukum chat siber laki wanita dan syaratnya- Dr Zaharuddin)
Disclaimer
Rujukan tu aku tak salin dari kitab hadis bagai. Of course aku Google, cut and paste saja. Kesemuanya adalah hadis dan ayat al-quran yang kita dah biasa dengar dan baca. Jadi aku beranggapan ia adalah rujukan yang valid.
Walaupun tulisan di atas menggunakan perkataan kau dan korang, tapi yang aku maksudkan tu bukan korang yang membaca, tapi diri aku sendiri. Peringatan tu yang paling berguna adalah untuk diri sendiri sebelum untuk orang lain. Anggaplah ‘aku’ dalam tulisan di atas adalah fitrah aku yang suci, murni dan bersih yang pernah suatu dulu ketika di alam roh bersaksi, bala syahidna (benar, engkau Tuhan kami, kami menjadi saksi) sementara ‘kau’ dalam tulisan di atas adalah aku yang dah dicampak di dunia ni, yang selalu lupa janji yang pernah aku lafazkan dulu dek kerana pesona gilang gemilang cahaya dunia yang memancar-mancar ni. Tulisan ni pengingat untuk aku di kala lupa.
Sekali lagi diingatkan, tulisan di atas hanya pendapat aku semata-mata berdasarkan rujukan dan kuliah yang pernah aku dengar. Bukan hukum atau fatwa. Jadi terpulang pada orang yang membaca sama ada nak setuju atau tak.
Rujukan
"Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang
haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat
(samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut
terhadap syubhat berarti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya.
Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam
perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan hewan
gembalaannya di sekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat
laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan
larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahwa dalam diri
ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan
jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah hati
“. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Untuk seseorang
lelaki di antara kamu ditusuk kepalanya dengan jarum besi adalah lebih baik
baginya daripada ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.”
[dihukumkan Sahih oleh al-Haitsamiy, al-Mundziri dan lainnya].
Katakanlah (wahai
Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat
pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan
mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat
Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada
memandang yang haram), (dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan
hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;…) Al-Quran;
Surah an-Nuur: 24: 31
“Wahai Ali, jangan anda susuli pandangan demi
pandangan (melihat wanita), yang pertama itu sahaja (pandangan tiba-tiba
terlihat, yang halal) bagi mu dan tidak (halal) bagi mu yang selepas itu” HR
al-Hakim, Ahmad Abu Dawud dan lainnya, dihukumkan Sahih oleh al-Hakim dan
disetujui adz-Dzahabi dan lainnya. Sila lihat “Sahih al-Jami‘ as-Saghier”: no:
7953 (Hasan).
Shafiyyah binti Huyay
[istri Rasulullah] bekata : “Ketika Rasulullah sedang
beri’tikaf di masjid, saya mendatanginya di suatu
malam dan bercerita. Kemudian saya pulang dihantar beliau. Ada dua
orang anshor berjalan dan ketika keduanya
melihat Rasulullah mereka mempercepat jalannya, Rasululah
berkata: “Pelan-pelanlah. Dia itu Safiyah binti
Huyay”. Mereka berkata: Maha suci Allah , Rasulullah!” Rasulullah
bersabda . “Sesungguhnya syaitan berjalan di tubuh
anak adam pada peredaran darah, aku khawatir
setan itu melontarkan kejahatan di hati kamu berdua, sehingga timbul prasangka
yang buruk.” (Bukhori 4:240,Muslim 2174-2175)
Saidatina
Aisyah RA pernah berpesan, sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan
dipandang.
Maksud dari sabda Nabi s.a.w. : "Tidak boleh seseorang
wanita itu bermusafir melainkan ia ditemani oleh mahramnya, dan tidak boleh
seseorang lelaki berdua-duaan bersama perempuan kecuali perempuan tadi ditemani
oleh mahramnya."
"Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan wanita,
sesungguhnya yang ketiga di antara mereka berdua adalah syaitan" (riwayat
imam Ahmad).
"Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti
wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu melunakkan suara
dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya,
dan ucapkanlah perkataan yang baik." (al-Ahzab: 32)
Assalamualaikum. Mohon penulis enable subscribtion via email untuk memudahkan pembaca membaca melalui email kerana penulisan anda memberi manfaat dan pengisian. Terima kasih..
ReplyDelete