Friday 24 July 2015

Save by a call

Tak tahu kenapa, sejak masuk Syawal ni, otak aku macam ting tong sikit.
First mungkin sebab aku patutnya dah period, tapi tak period-period. 
Second sebab jadual hidup aku dah lari. Keutamaan aku dah lari. Fokus aku dah lari.
Deep down, aku rindu Ramadan. Bukan sebab aku baik. Tapi sebab masa Ramadan hidup aku ada misi. Misi yang jelas. Satu hari nak kena baca Quran berapa banyak. Dari solat ke solat aku nak isi dengan apa. Setiap masa aku aware- eh,kena doa. Eh, kene zikir. Mana tahu ni saat makbul doa ke.
Tapi bila masuk Syawal. Fokus lari, misi lari...semua lari la.
Mungkin aku sendiri yang bagi kebebasan dekat diri aku. I let my guard off, dgn alasan, dah syawal. Chill la. It's ok tinggal Quran beberapa hari. It's ok kalau tinggal qiam sekejap. Busy raya rumah orang kan. Pelik sangat tiba-tiba aku qiam kat rumah orang. Bayangkan di tengah malam yg hening, aku tahajud kat celah2 orang yg tengah tidur. Emmm, off.
Aku tak nak jadi hamba Ramadan. Tuhan masa Ramadan tu masih tuhan yang sama masa lain pun. 
Tapi betul la, nafsu bila tak diikat memang jadi liar. Manusia kalau diberi banyak sangat pilihan, memang naik lemak. Bukan ke muslim tu hidupnya setiap masa adalah Ramadan. Hari raya adalah di akhirat nanti.
Ok, next entri aku akan listkan azam lepas Ramadan lak.

Tapi cerita hari ni apa yang jadi semalam. Semalam aku bangun dengan rasa 'hole in my heart.'
Tak tahu nak cakap macam mana, tapi tiba-tiba rasa kosong. Macam hidup tak ada tujuan. Everything aku pandang rasa hambar. Mungkin ini tanda aku dah jauh dari Dia. Connection tu dah kurang. Paling aku takut bila connection tu putus terus dan aku langsung tak perasan.

Ya Allah, jangan tinggalkan aku sendiri urus hidup aku. Walau sekelip mata. Atau jangka masa yang lebih pendek dari tu. Sebab aku tak mampu. Tak mampu walau sedetik pun nak kawal macam mana rentak jantung aku, kat saluran mana darah aku patut masuk, otot mana yang patut kendur, yang patut kecut bila aku nak angkat tangan, nak telan makanan. Sungguh tak mampu.

Lepas Subuh aku melagha, tengok internet. Takde zikir, takde doa. Sebab tengah meluap-luap nak sambung baca blog semalam. Then bila tengok jam dah pukul 8.00, aku paksa diri buat Duha, atas dasar aku nak istiqamah. Dan atas dasar, buat walau tak rasa manis, tinggal walau tak rasa bersalah. 
Jamuan Hari Raya sekolah aku patutnya start pukul 8.00pg tapi aku maklum sangat event tu tak kan mula sharp pukul 8.00pg. Lagipun Dewan tu dekat sangat dengan rumah aku, so aku pun rileks2 je.
Lepas duha, aku doa, cuba cari balik connection yang lost tu. Tah, masa tu aku rasa hidup aku betul-betul sunyi. Duduk rumah sorang-sorang, tak de kawan nak bercakap. Nak mengadu dekat Tuhan pun rasa jauh. Ni sindrom biasa bila aku dah lama sangat duduk kampung, dikelilingi ramai orang. So bila balik rumah sendiri aku akan rasa sunyi yang amat. 
Tiba-tiba phone bunyi. My colleague call.

'Zee kat mana?' Suara dia macam concern sangat.
'Rumah. Tengah siap,' (Siap dlm defination aku termasuk solat, so aku tak tipu pun)
'Cepatlah datang. Akak dah cop tempat. Makanan semua dah ambik.'
'Ok-ok.'

Dengan telekung aku terkedek2 lari masuk bilik. Nak sambung doa. 
Then.......
Masa tu aku menangis semahu-mahunya. Lepaskan segala yg berbuku kat hati aku since pagi tadi. Atau sebenarnya dah lama dah. Since raya 17 Julai lepas.
Entah kenapa baru aku sedar sebenarnya hidup aku tak kurang apa-apa pun. Family masih ada, kawan ada, kerja ada, kereta ada, rumah ada. Aku tak diuji dengan kekurangan atau kehilangan apa-apa pun.
Yang kurang cuma SYUKUR. Perasaan bersyukur...
Ya, itu yang kurang dalam hidup aku lately. Baru aku sedar. Disedarkan oleh panggilan telefon tadi.
Macam mana aku boleh rasa aku sorang-sorang, takde sapa-sapa. 
Aku ada family. Aku ada kawan yang tengah risau kenapa kawan-kawan dia tak sampai-sampai lagi. Yang dah siap cop kan tempat, dah ambilkan makanan (Kawan aku ni mak dua orang anak, so sifat ke'mak'an dia tu mmg tinggi)
Macam mana aku boleh rasa aku takde purpose of life? Purpose of life aku untuk sembah Dia. Untuk bersyukur dengan setiap apa yang Dia dah bagi kat aku. Tak kira walau banyak mana dosa aku, tak kira walau aku makin jauh dari Dia, tapi nikmat dia tetap tak putus. Tak pernah jauh.
Aku solat duha untuk tarik rezeki kononnya. Tapi dalam masa yg sama aku lupa rezeki yang Dia dok bagi saban hari. Rezki aku dilahirkan dalam Islam. Rezeki aku dilahirkan dalam family yang ajar aku solat,puasa. Rezki hidayah. Rezki aku ada kerja. Dengan kerja tu aku boleh bayar duit kereta tiap-tiap bulan, bayar duit rumah. Semuanya dari Dia.


Ya Allah, dosa aku banyak, amal aku sikit dan permintaanku banyak. Tapi aku tahu yang rahmat, kasih sayang Mu melangit tinggi. Ampunkan aku Ya Allah. Jangan jauh dari ku Ya Allah.

Betul firman Tuhan

وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ
             “Sangat sedikit sekali di antara hamba-Ku yang mau bersyukur.” (QS. Saba’: 13)

Syukur. Easier said than done.
Tanpa syukur, orang yang dah ada segala-galanya pun tetap tak akan rasa bahagia.
Dengan syukur, orang yang tiada apa-apa pun akan tetap rasa bahagia. Sebab at least dia ada Tuhan dia. Hasbunallah wanikmal wakil nikmal maula wanikman nasir.

                             http://www.islamcendekia.com/2014/09/arti-makna-hasbunallah-wanikmal-wakil-nikmal-maula-wanikman-nasir.html      


Sebab tu ada doa minta supaya, jadikan kita hamba yang bersyukur.
Sebab dengan syukur, segala-galanya akan jadi lebih indah.

Ya Allah, kurniakan aku badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahmuMu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmatmu, lidah yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu.


Definasi aku tentang bahagia...sangat berkait dengan syukur

Takkan bahagia selagi tak rasa cukup

Dan takkan rasa cukup selagi tak bersyukur

No wonder sampai sekarang aku masih sukar kecap bahagia tu. 
Sebab aku hamba Allah yang selalu lupa. Lupa untuk bersyukur.....mmmm

     


No comments:

Post a Comment